Zed Zaidi Tempelak Kenyataan Abby Abadi UMNO Punca Maksiat – Terbakor

 

Zed Zaidi Tempelak Kenyataan Abby Abadi UMNO Punca Maksiat

 

Menarik juga sebenarnya apabila mereka yang berada di dalam industri hiburan bercakap mengenai politik. Lebih-lebih lagi dalam suasana kehangatan pilihanraya kecil di Kedah. Abby Abadi dalam satu ceramahnya menyalahkan UMNO kerana menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam dan membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

Zed Zaidi Tempelak Kenyataan Abby Abadi UMNO Punca Maksiat - Terbakor

Zed Zaidi selaku Presiden SENIMAN telah tampil menerusi Mstar Online untuk membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Abby Abadi tersebut. Kata Zed Zaidi:-

Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain.

Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan.

 Malah menurut Zed Zaidi, Abby tidak jujur dan ikhlas memperjuangkan agama Islam sebaliknya hanya muncul ketika ada pilihan raya. Tambah Zed lagi:-

Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.

Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?

Abby hanya muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam.

Beautifulnara

Loading...

Leave a Reply