Misteri Dan Harga IC Palsu Di Malaysia: Suspek Kes Tembak Pegawai Ambank Beli IC Palsu Hanya RM200 – Terbakor

Misteri Dan Harga IC Palsu Di Malaysia: Suspek Kes Tembak Pegawai Ambank Beli IC Palsu Hanya RM200

 

Pengawal keselamatan warga asing yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya Rabu lalu dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya ratusan ringgit sahaja.

Kad pengenalan itu dibeli dengan harga antara RM200 hingga RM600 sekali gus membolehkan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bertugas di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang.

 

Misteri Dan Harga IC Palsu Di Malaysia: Suspek Kes Tembak Pegawai Ambank Beli IC Palsu Hanya RM200 - Terbakor

Malah suspek menggunakan kad pengenalan palsu tersebut untuk melakukan jenayah termasuk perbuatan kejam menembak mati Allahyarham Norazita Abu Talib, 37, dari jarak dekat menggunakan senjata pump gun, Rabu lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah belum diketahui.

“Sejauh mana pembabitan suspek yang disifatkan penjenayah berbahaya ini masih disiasat pihak polis. Cuma kita yakin dia mendapat kad pengenalan palsu yang dibeli hanya ratusan ringgit.

“Identiti sebenar suspek juga kita sedang siasat. Jika kad pengenalan palsu itu menggunakan nama Ardi Hamza, mungkin nama sebenarnya lain,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia namun enggan mendedahkan butiran lanjut di mana suspek membeli kad pengenalan palsu itu.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, Norazita maut ditembak di muka sejurus selepas membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah kejam itu semalam.

Sementara itu, carian Mingguan Malaysia di laman myeg.com.my mendapati pengguna kad pengenalan bernombor 770818-12-6721 menggunakan nama Ardi Hamza mempunyai tiga rekod kesalahan jalan raya sejak Mei 2005 sehingga Jun tahun lalu.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, menggunakan lesen memandu yang tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan.

Semua kesalahan itu dikesan dilakukan di Petaling Jaya, Klang dan Subang Jaya menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran BKE 5506.

Utusan

 

Misteri IC palsu.

Siyes neh beb. Aku terfikir2 dari hari tue lagi. Pasal isu Ardi neh. Korang fahami point2 yang menyebabkan aku sangat2 mengambil tahu perjalanan isu neh.

1. Dilaporkan Ardi telah bekerja selama setahun sebagai pengawal keselamatan.

2. Kerja seperti ini memerlukan account bank untuk keluar masuk gaji.

3. Bahkan sudah tentu dia melalui potongan KWSP dan SOSCO juga.

4. Bahkan dia juga telah memiliki lesen senjata api. Ini disahkan oleh Pengerusi gabungan syarikat2 keselamatan Malaysia.

5. Ini membuktikan dia sudah melalui proses saringan yang ketat oleh KDN dan PDRM.

6. Individu neh pernah disaman. Namun rekod PDRM gagal mengesan IC yang dia miliki ialah IC palsu.

7. Bukanla IC palsu itu satu persoalan semata2. Bagaimana kad yang memiliki IC palsu boleh melepasi proses imbas cap jari? Nak buat kad bank kena imbas cap jari. Untuk memastikan data cap jari dalam IC tally = cap jari pemegang IC. Ini kerana bila kita buat kad pengenalan baru, mereka akan amek cap jari kita untuk dimasukkan dalam kad tersebut untuk memudahkan semak imbas. 

8. Jika diperhatikan, ini ialah satu penipuan yang sangat tersusun dan terperinci.

9. Kad pengenalan tersebut bukan saja palsu, bahkan diyakini mempunyai kualiti yang 100% sama seperti kad pengenalan tulen dan juga dimasukkan maklumat2 tertentu supaya penipuan mereka tidak boleh dikesan semudah ABC.

10. Itu sebab KDN dan PDRM gagal detect dia sebagai warganegara palsu. Saman dah kena.Screening untuk lesen senjata api pun dah lepas.

11. Persoalan-nya organisasi apa yang begitu teliti dan terancang ini?

12. PDRM juga mengesahkan bahawa harga IC palsu hanya sekitar rm200 – rm600 sahaja.

13. Dan dorang juga mengesahkan bahawa 3 sahabat kepada penjenayah tersebut telah ditahan. Ketiga2 rakan penjenayah juga memiliki IC palsu beb.

14. Tiada maklumat dan gambar rakan2 penjenayah didedahkan oleh POLIS.

15. Sesetengah orang beranggapan isu neh isu kecik. Setakat rompak, bunuh. Lepas dan dia ada IC palsu.

16. Tapi aku tak rasa macam tue.

17. Start isu IC palsu dia terbongkar, pelbagai persoalan bermain2 di minda aku.

18. Aku yakin ada sesuatu. Cuma aku belum kenalpasti apa benda yang SESUATU itu..

-Sumber dari : https://www.facebook.com/bersih2/posts/708207849206698

 

 

 

 

Loading...

Latest Comments

  1. lekatlekitgurl October 28, 2013

Leave a Reply