Khairy Jamaluddin Berlakon Filem, Watak Jual Ayam Percik – Terbakor

Khairy Jamaluddin Berlakon Filem, Watak Jual Ayam Percik 

 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempunyai bakat sebagai bintang filem selepas berjaya melakonkan watak sebagai penjual ayam percik menerusi filem pendek berjudul Inspektor Mastura.

Pengarahnya Elaine Daly berkata, dalam filem itu Khairy menjual ayam percik di pasar malam.

Khairy Jamaluddin Berlakon Filem, Watak Jual Ayam Percik - Terbakor

Saya terjumpa Khairy di sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan terus bertanya sama ada dia berminat untuk berlakon dalam filem pendek saya atau tidak kerana saya mahu watak penjual ayam percik lakonan seorang lelaki yang tiada kaitan dengan industri hiburan.

“Tak sangka pula beliau mahu menerima tawaran tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Filem pendek berkenaan dihasilkan sempena projek Ikal Mayang: Telling Women Storiescetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.

Ia merupakan salah satu daripada 15 filem pendek yang dihasilkan oleh pengarah filem wanita dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan.

Bagaimanapun hanya enam buah filem sahaja yang dipilih untuk ditayangkan menerusi saluran berkenaan termasuklah filem arahan Sofia Jane iaitu 1-800-Baby, Vanidah Imran(Pantang), Dira Abu Zahar (Jerat Suami), Aida Fitri Buyung (Nawar) dan Junaidah M. Nor(Odah).

Dalam pada itu Elaine berkata, ketika penggambaran, Khairy hadir dengan persiapan menghafal skrip dan berlatih bersama pelakon Sharifah Aleya.

Katanya, Khairy juga berjaya melakonkan wataknya dengan baik iaitu hanya dua kali ‘take’.

Ditanya adakah Khairy bakal ditawarkan lagi untuk projek filem seterusnya, Elaine masih belum merancang mengenai perkara tersebut.

“Saya memang ada merancang untuk menghasilkan filem pada masa akan datang, tetapi saya tak rasa Khairy mempunyai masa untuk berlakon lagi. Maklumlah sekarang ini dia sibuk dengan pelbagai urusan berkaitan negara,” tuturnya.

Inspektor Mastura lakonan Sharifah Aleya memaparkan dilema seorang wanita yang cuba menjauhkan hatinya terhadap perasaan cinta.

Pelakon Beto Kusyairy memegang watak Inspektor Tahir menyimpan perasaan terhadap rakan setugasnya, namun ia tidak berbalas.

Turut membintangi filem ini alah penyampai radio Suria FM, Adibah Noor.

 

Mstar

 

 

Loading...

Leave a Reply