Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia: Kematian Tidak Lemahkan Ancaman Di Sabah

Sultan Jamalul Kiram III meninggal dunia: Kematian Tidak Lemahkan Ancaman Di Sabah

 

KOTA KINABALU: Kematian Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu dan mengarahkan pencerobohan bersenjata ke atas Sabah pada Februari lalu tidak mungkin dilihat melemahkan ancaman keselamatan yang ditimbulkan oleh militan Sulu ke negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Jamalul berada dalam senarai dikehendaki oleh polis Malaysia kerana peranannya dalam pencerobohan Sulu yang diketuai oleh adiknya, Azzimudie Kiram, ke Kampung Tanduo di Lahad Datu.

“Kami mengesahkan laporan berita mengenai kematiannya. Pada masa ini, kami tidak dapat mengesahkan perkara itu secara rasmi,” kata Hamza ketika dihubungi berhubung kematian Jamalul seperti yang diumumkan oleh anak perempuannya pada Ahad.

Beliau berkata pasukan keselamatan Malaysia akan terus berjaga-jaga jika berlaku sebarang pencerobohan oleh kumpulan berkenaan.

Jamalul adalah salah seorang daripada ramai waris Kesultanan Sulu yang kini sudah tidak berfungsi lagi dan menuntut Sabah sebagai tanah nenek moyang mereka.

Anak perempuannya Jacel Kiram, ketika mengumumkan kematian bapanya akibat kegagalan organ berkata bapanya mahu mereka untuk meneruskan kes Sabah.

“Bapa saya berkata, “kamu perlu kuat kerana kita masih mempunyai misi dalam kehidupan, apa yang perlu dikembalikan hendaklah dikembalikan kepada kita,” kata Jacel.

Azzimudie yang mengetuai lebih daripada 100 pengikut Jamalul Kiram untuk kepentingan tuntutan mereka di Sabah, hilang tanpa dapat dikesan selepas melarikan diri dari Sabah berikutan kekalahan kepada pasukan keselamatan Malaysia pada Mac, sebulan selepas memasuki ke Kampung Tanduo.

 

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply