Suami main ‘game’, isteri harap zakat – Terbakor

 

Suami main ‘game’, isteri harap zakat 

 

Jika maruah dirinya dinilai dengan wang, satu sen belum tentu layak sebagai harga seorang suami dan bapa kepada tiga anak yang sudah bertahun-tahun tidak bekerja, sebaliknya hanya menghabiskan masa di rumah dengan bermain permainan video ‘PlayStation’ (PS).

Keadaan itu menyebabkan, isterinya yang mahu dikenali sebagai Seha, 50, sentiasa makan hati apatah lagi apabila suaminya itu amat ringan tangan jika sikap buruknya ditegur.

Suami main 'game', isteri harap zakat - Terbakor

“Sehari suntuk dia akan duduk depan televisyen bermain permainan video. Setiap kali ditegur supaya keluar mencari kerja, saya dan anak-anak bukan saja akan dimaki, malah kami ditumbuk dan dipukul,” kata Seha.

Seha berkata, sebelum berkahwin suaminya yang tujuh tahun lebih muda daripadanya melakukan perniagaan kecil-kecilan dan cuba mencari pekerjaan tetap selepas mereka berkahwin.

“Bagaimanapun, masalah mula timbul apabila dia tidak pernah kekal bekerja di satu-satu tempat. Akibatnya, sejak berkahwin kira-kira 12 tahun lalu, rumah tangga kami tidak pernah bahagia kerana masalah kewangan.

 

Metro

 

Loading...

Leave a Reply