Nora Danish Dedah Ada SMS Adi Putra – Terbakor

 

Nora Danish Dedah Ada SMS Adi Putra

 

Dalam ramai-ramai artis wanita, Nora Danish boleh dikatakan sering bekerjasama dengan pelakon Adi Putra, baik dalam filem mahupun drama. Sebagai antara orang yang kerap ‘mendampingi’ aktor kacak itu di layar juga di skrin, sudah pasti Nora sikit sebanyak mengenali lebih dekat dengan Adi.

 
Ekoran isu kontroversi yang membabitkan Adi, kata Nora, sukar untuk dia mempercayai segala dakwaan yang dilemparkan terhadap pelakon kesayangan ramai itu
Menolak untuk mengulas lanjut mengenai hal tersebut, Nora bagaimanapun secara ringkas berkata, dia juga menantikan keputusan siasatan yang kini masih dijalankan oleh pihak polis. 

 
“Ya, saya banyak bekerjasama dengan abang Adi. Saya pun dah anggap beliau macam abang saya. Biarlah pihak polis meneruskan siasatan mereka. Bagi saya, saya tidak percaya. Saya pun pernah melalui situasi di mana orang fitnah saya. Jadi sikit sebanyak saya dapat merasakan bagaimana perasaan abang Adi dan isterinya sekarang.
 
“Saya ada menghantar SMS kepada abang Adi dan kak Aida (isteri Adi) dan beri mereka semangat agar tabah dan kuat menghadapi semua ini”, katanya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada majlis malam pratoton filem terbaru lakonannya Lagenda Budak Hostel bertempat e@curve, malam tadi. 
 
Nora berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu skandal yang mengaitkan diri Adi Putra dengan seorang wanita bergelar isteri orang. 
 
Nora dan Adi pernah bergandingan menerusi drama hits seperti Demi DhiaIjab & Qabul juga filem, Aku Terima Nikahnya dan bakal yang berada di pawangam berjudul, Suami Aku Ustaz.
 
Sementara itu mengenai filem Lagenda Budak Hostel, Nora berkata dia tidak menyangka dirinya masih sesuai melakonkan watak budak sekolah dalam filem arahan Ismail Bob Hashim itu. 
 
Meskipun sebelum ini Nora cukup menyerlah menerusi penghayatan karakter yang lebih berat, namun dengan fizikalnya serta wajahnya persis remaja, mungkin itu yang membuatkan aktres anak satu ni masih relevan menghidupkan karakter seorang remaja di alam persekolahan.
 
“Saya boleh lah lagi bawa watak jadi budak tingkatan lima. Terkejut juga lah sebenarnya. Dalam filem ni saya jadi Seroja iaitu anak kepada pengetua. Dia bukan seorang budak sekolah yang gedik tapi manja. Dia menjadi rebutan kepada dua pelajar iaitu Kodan (Along Cham) dan Put (Along Ezendy) di sekolah bapanya”, ujar Nora.
 
Tambah Nora, walaupun masih menerima watak remaja tidak bermakna dia tidak mementingkan watak yang sepadan dengan usianya.
 
“Saya memilih juga watak. Saya tak akan terima watak yang memerlukan saya jadi mak dan anak saya pula nampak macam lebih kurang sebaya dengan saya. Kira mak muda lah. Sebab saya rasa itu macam trend sinetron la pula.
 
“Seronok juga bila sesekali kita lari seketika daripada watak berat. Cabarannya dalam Lagenda Budak Hostelni, saya perlu pastikan cara percakapan sama macam budak sekolah. Iya lah, dah lama kita tinggalkan alam persekolahan, jadi nak kena recap semula tu yang susah sikit. 
 
“Tapi saya tak stress sebaliknya saya seronok sepanjang penggambaran apatahlagi dikelilingi oleh pelakon-pelakon komedi. Asyik nak gelak saja lah di set”, katanya.
 
Filem Lagenda Budak Hostel terbitan MIG itu bakal menemui penonton mulai 12 September ini. 
Sumber
Loading...

Leave a Reply