Lelaki Saman Bekas Kekasih RM600,000 Dakwa Diperguna Untuk Dapatkan Sperma – Terbakor

 

Lelaki Saman Bekas Kekasih RM600,000 Dakwa Diperguna Untuk Dapatkan Sperma 

 

Seorang lelaki berketurunan Bosnia memfailkan saman terhadap bekas kekasihnya dan menuntut RM600,000 kerana mendakwa dirinya dipergunakan bagi mendapatkan sperma berkualiti.

Plaintif, Ervin Ahbabovic, 41, yang bekerja sebagai pengarah komersil di syarikat tempatan memfailkan saman menerusi Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi di Mahkamah Tinggi, di sini, Jumaat lalu

 

 Lelaki Saman Bekas Kekasih RM600,000 Dakwa Diperguna Untuk Dapatkan Sperma - Terbakor

Ervin yang memegang status penduduk tetap menjalinkan hubungan dengan defendan iaitu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun pada 2008 dan mempunyai seorang anak. 

Selepas melahirkan anak mereka, defendan didakwa sering bergaduh selain mendakwa wanita itu mempunyai keinginan seksual yang tinggi dan melakukan hubungan sekurang-kurangnya enam kali sehari.

Ervin mendakwa defendan ada menyatakan bahawa dia sebenarnya dipergunakan sebagai alat pemuas seks (gigolo) selain bagi mendapatkan sperma miliknya.

Metro

Loading...

Leave a Reply