Tangga Gaji Dan Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan Gred S41

 

Tangga Gaji Dan Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan Gred S41 

 

Berikut merupakan tangga gaji dan tugas Pegawai Penerangan S41. 

 

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan

Jadual Gaji:

 

Tangga Gaji Dan Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan Gred S41 - Terbakor

Adakah anda merupakan calon peperiksaan pegawai penerangan S41 29 Ogos 2013 ini?

Anda berada di tempat yang betul! Anda bakal mengenepikan RIBUAN CALON 
yang lain yang tidak menemui laman web ini. TAHNIAH!

 Ini yang anda perlukan…Pakej Rujukan Lengkap, cara lulus dan format soalan peperiksaan pegawai penerangan S41!

http://bit.ly/1m5btIJ

Pakej Rujukan Lengkap Lulus Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 Dibuka! - Terbakor

 

Syarat Lantikan:

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,908.45 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau

Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan

lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa, Sains Kemasyarakatan, Sains Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia bergantung kepada keperluan agensi].

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di atas; atau

lulus Peperiksaan Khas; dan

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

 

 

Loading...

Leave a Reply