Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Ketua Bishop Roman Katolik – Terbakor

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Ketua Bishop Roman Katolik

 

Putrajaya: Mahkamah Rayuan sebentar tadi menolak permohonan Ketua Bishop Roman Katolik Kuala Lumpur untuk membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Katholik, The Herald menggunakan kalimah Allah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin sebulat suara menolak permohonan ketua bishop, Murphy Pakiam untuk membatalkan rayuan berkenaan.

Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof
Berikutan Ketua Bishop Roman Katolik gagal membatalkan rayuan itu, Mahkamah Rayuan akan meneruskan pendengaran rayuan kerajaan pada 10 September ini.

Sumber: Berita Harian

Loading...

Leave a Reply