Ibu Bapa Ditahan Dera Anak 2 Tahun Kerana Terlalu Nakal – Terbakor

 

Ibu Bapa Ditahan Dera Anak 2 Tahun Kerana Terlalu Nakal 

 

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mengalami kecederaan parah pada seluruh tubuhnya, disyaki didera oleh ibunya beberapa hari lalu.

Kanak-kanak berkenaan ditemui dengan kesan luka dan lebam yang teruk pada seluruh tubuhnya termasuk di kepala, dipercayai akibat dipukul dengan rotan oleh ibunya di rumah mereka di Taman Wang, Menglembu, dekat sini. 

 

 

Tak tahan kerenah anak

Difahamkan, wanita berusia 30 tahun itu tidak tahan dengan kerenah anak perempuannya itu yang dikatakan terlalu nakal mengakibatkan dia mengambil tindakan memukulnya sehingga mangsa menjadi lembik dan tidak bermaya.

Melihat keadaan kanak-kanak itu yang parah, bapanya yang berusia 39 tahun kemudian membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kelmarin untuk mendapatkan rawatan.

Doktor yang merawat kanak-kanak itu di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB kemudian membuat laporan polis di pondok polis hospital berkenaan selepas mendapati ada kesan penderaan teruk pada tubuh mangsa.

Ibu bapa ditahan 
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, ketika dihubungi berkata, polis sudah menahan ibu dan bapa kanak-kanak itu pada jam 1.20 tengah hari semalam.

“Kedua-duanya ditahan untuk membantu siasatan kes penderaan anak mereka dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret esok (hari ini) untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana melakukan seksaan dengan sengaja sehingga cedera parah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

 

Bharian 

Loading...

Leave a Reply