Pak Lah: Malaysia Akan Bankrap Kalau Saya Dengar Cakap Mahathir – Terbakor

 

Pak Lah: Malaysia Akan Bankrap Kalau Saya Dengar Cakap Mahathir 

 

*Artikel ini sumber asalnya daripada The Malaysian Insider dan diolah oleh blog ini. Sekiranya Tun Abdullah Badawi mengikut kehendak dan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup.

 

Pak Lah: Malaysia Akan Bankrap Kalau Saya Dengar Cakap Mahathir - Terbakor

 

Kenyataan itu dikeluarkan Abdullah dalam buku yang memaparkan masa-masa beliau menjadi perdana menteri Malaysia bertajuk Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia.
 
Ianya dijadualkan lebih awal namun terdapat kebimbangan Putrajaya komen perdana menteri kelima itu akan menimbulkan perang mulut antara Abdullah dan Dr Mahathir dan memecah belahkan Umno sebelum Pilihan Raya Umum pada 5 Mei lalu.
 
Abdullah bagaimanapun dalam bukunya tidak mendedahkan rahsia negara atau anekdot yang akan memalukan Dr Mahathir, sebaliknya hanya menyentuh beberapa perkara ketika pentadbirannya.
 
Merujuk kepada beberapa serangan Dr Mahathir yang ditujukan kepadanya, Abdullah berkata pernah beberapa individu bertanya kepadanya kenapa beliau tidak memberikan penjelasan terhadap penasihat mudanya, penglibatan anaknya dalam kancah perniagaan dan pengaruh menantunya Khairy Jamaluddin.”Mungkin lebih baik saya diamkan dalam membela atau menjelaskan isu. Apa kebaikannya untuk kerajaan dan parti?” soalnya.
 
Selepas beberapa kritikan daripada Mahathir, ia menjelaskan suatu perkara, Dr Mahathir hanya mahu pendapatnya didengari dan tidak mendengar pendapat orang lain.
 
Bagi contoh, Abdullah menjelaskan beliau berjumpa Dr Mahathir untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit.”Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut, kerana kerajaan jelasnya perlu terus berbelanja. Tapi bagaimana kita nak teruskan apabila defisit kita sangat kritikal? 
 
Ia akan menjadi tidak bertanggungjawab jika saya terus berbelanja.”Jadi kami tiada pilihan untuk mengurangkan defisit dengan menangguhkan beberapa projek mega seperti landasan berkembar dan ia menjadikan Dr Mahathir mengamuk.  saya melihatnya beliau merasakan itu adalah projek angkatnya.
 
“Boleh bayangkan jika saya teruskan tekanan daripada Dr Mahathir untuk terus berbelanja ketika defisit yang sangat tinggi, bagaimana Malaysia mahu mengatasi krisis kewangan dan minyak pada 2008?”Defisit kami berjaya turunkan pada kadar 3.2 peratus dan kepada 5 peratus. Jika kita terus berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah bankrup.
 
“Dalam bukunya, yang disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin, Abdullah turut berkata ketika beliau meninggalkan pejabat pada 2009, beliau bertekas untuk tidak jadi seperti Dr Mahathir. Beliau mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri.
 
“Sebab itu saya kekal berdiam diri selama ini. Saya percaya bila kita sudah bersara, kita akan bersara. Tidak lagi perlu kita campurtangan. Jika ada yang tidak puas hati, kita luahkan secara tertutup. Kenapa perlu hebahkan kepada media?Abdullah menerima mandat terbesar pada 2004 namun turut membuatkan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga Parlimen pada 2008.
 
Beliau bagaimanapun dalam bukunya menerima perkara itu dan tidak memenuhi jangkaan pengundi, namun berkata Dr Nahathir juka tidak boleh melepaskan diri daripada insiden 2008.”Ketika kita perolehi keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat yang besar tidak bagus untuk negara. Kita dapat keputusan teruk pada 2008 beliau menyalahkan saya. 
 
Malah samapi sekarang beliau melakukannya … Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyebabkan perpecahan dalam sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan serangannya.”Ia termasuk majoriti anggota Kabinet sebagai ‘kerajaan half-past six’ dan menuduj kami dengan rasuah dan sebagainya,” kata Abdullah. ~the malaysian insider

Loading...

Leave a Reply