Peguam Pelatih Anjing Hina Islam: Kerajaan berniat jahat – Terbakor

 

Peguam Pelatih Anjing Hina Islam: Kerajaan berniat jahat 

 

Kedua-dua peguambela pelatih anjing, Maznah Mohd Yusof, 38 mendakwa kenyataan kerajaan yang mencadangkan wanita berkenaan dipulihkan akhlaknya sebagai perkara yang berniat jahat dan tidak berasas.
 
“Kenyataan tersebut berniat jahat, tidak berasas dan berat sebelah kepada hak perundangan Chetz (Maznah) yang ketika ini dalam siasatan.
 
 
“Ia jelas menunjukkan pihak berkuasa meneruskan serangan tidak adil mereka dan propaganda ke atas Chetz,” menurut N. Surendran dan Latheefa Koya dalam satu kenyataan media hari ini. 
 
Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah yang kini menjadi kritikan ekoran video memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing yang menyambut hari raya di YouTube baru-baru ini.
 
Dalam pada itu, Surendran dan Latheefa berkata, anak guamnya itu masih belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan dan sikap menghakimi sesuatu perkara sebelum diputuskan di muka pengadilan telah menafikan hak asasi Maznah untuk membela diri.
 
“Timbalan Menteri berkenaan, Jabatan Perdana Menteri dan Jakim perlu tahu Maznah belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan.
 
“Apakah asas Maznah dikritik atas tingkah lakunya? Ini menunjukkan kerajaan dan Jakim bertindak sebagai hakim, juri dan pendakwa tanpa Maznah diberi peluang untuk membela dirinya,” tulisnya lagi.
 
Sinar
Loading...

Leave a Reply