Update Terkini Isu di Mesir

Update Terkini Isu di Mesir

 

 

Isu terkini di Mesir akan diupdate di sini setiap hari, isu terbaru akan berada di post pertama. Info ini dibawakan khas untuk anda oleh Terbakor untuik anda. Segala sumber dipetik dari PMRAM

 

Jumaat | 12 Julai 2013 | 12.12 malam

Golongan Tamarrud ( Pemberontak ) menggesa rakyat untuk mengambil bahagian dalam perarakan hari ini, Jumaat dari Medan Tahrir ke kawasan sekitar Istana Presiden Persekutuandan mereka akan berbuka puasa beramai-ramai di bawah slogan “لم الشمل” ataupun “reunion”.

sumber : Al-Jazeera

 

Khamis | 11 Julai 2013 | 06.53 petang

Penyokong Dr.Muhammad Mursi mengisi masa sebelum berbuka dengan membaca Al-Quran.

 

Khamis | 11 Julai 2013 | 09.15 pagi

Ketua Polis Dubai : Israel bukan musuh Arab. Tetapi musuh kita ialah Ikhwan Muslimin.

UAE telah menyuntik dana 3 billion ke Mesir selepas berjaya menumbangkan Dr.Muhammad Mursi.

Ya Allah kau laknatkan mereka yang menentangMu. Berikan kemenangan kepada Dr.Muhammad Mursi dan rakyatnya.

sumber : http://www.youtube.com/watch?v=LL76N_5Xl0U&feature=share

 

Khamis | 11 Julai 2013 | 04.58 petang

Presiden PMRAM 2013 Al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz Bin Ali ditemuramah oleh wartawan TV 3 untuk mengetahui situasi terkini pelajar Malaysia di Mesir.

“Perarakan tidak merebak ke kawasan pelajar.”

 

Khamis | 11 Julai 2013 | 01.02 pagi

Bekas Dekan Fakulti Dakwah Universiti Al-Azhar, Dr.Abdullah Barakat melahirkan kehairanan beliau dengan krisis elektrik dan petroleum Mesir dilihat berakhir beberapa jam selepas kenyataan tentera merampas kuasa dikeluarkan.

Beliau yang berucap di pentas utama dataran Rabaah selepas solat terawih pada malam kedua kemudian bertanya, “Adakah Dr.Muhammad Mursi ataupun Ikhwan yang ‘menelan’ minyak sehingga berlaku krisis sebelum ini?”

Beliau turut menegur Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib yang membuat keputusan untuk “tidak akan keluar rumah sehingga kemelut negara berakhir”. “Tidak memadai bagi beliau untuk berdiam diri di rumah, bangkitlah dan keluar sambil menyatakan kemarahan terhadap apa yang berlaku.”

 

Khamis | 11 Julai 2013 | 12.39 malam

Kumpulan penyokong Dr.Muhammd Mursi akan mengadakan himpunan raksasa pada hari Jumaat ini yang akan menyaksikan jutaan penyokong yang akan turun dari seluruh wilayah bertumpu ke Kaherah. Empat lokasi utama yang akan menjadi lokasi himpunan raksasa tersebut:

1)Medan Rabaah Adawiyyah (Madinah Nasr)
2) Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (MASBERO)
3) Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza)
4) Dataran Nahdah, Giza

 

Khamis | 11 Julai 2013 | 12.43 malam

Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah sekarang.

 

 

Khamis | 11 Julai 2013 | 12.08 malam

MURSI DISINGKIR KERANA SOKONG GAZA

Jeneral Aiman Salamah, salah seorang pensyarah Kuliah Ketenteraan Akademi Tentera Naser ketika ditemubual oleh stesen televisyen BBC berkata, sokongan Presiden Mursi kepada HAMAS dan Gaza merupakan punca utama tentera menyingkirkan beliau.

Aiman berkata, Dr.Muhammad Mursi juga menolak untuk menutup terowong-terowong ke Gaza yang disifatkannya sebagai “menggugat keamanan Mesir”.

 

Khamis | 11 Julai 2013 | 12.06 malam

Pihak berkuasa Mesir pagi tadi membuka pintu sempadan Rafah bagi memberikan peluang kepada rakyat Gaza berada di Mesir berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama bulan Ramadhan.
Sejak awal pagi, ratusan penduduk Gaza yang ingin menyeberangi pintu sempadan terpaksa beratur panjang. Pihak berkuasa Mesir hanya mengehadkan waktu pintu tersebut dibuka sebelum ditutup semula.

Sejak rampasan kuasa tentera, pihak berkuasa Mesir menutup pintu sempadan Rafah-Gaza 6 hari berturut-turut.

sumber : http://rassd.com

 

Khamis | 11 Julai 2013 | 12.04 malam

SAUDI, UAE DAN KUWAIT BANTU MESIR LEPAS RAMPASAN KUASA

Hanya dalam tempoh dua hari bermula Selasa dan hari ini Rabu, Mesir telah dijanjikan oleh tiga buah negara Arab bantuan bagi menjana ekonomi negara itu, seminggu selepas berlaku rampasan kuasa.

Negara-negara berkenaan iaitu Saudi, UAE dan Kuwait yang kesemuanya berjumlah USD 12 billion, bantuan kewangan yang terbesar pernah diterima oleh Mesir dalam sejarah negara itu.
Saudi dan UAE telah menjanjikan sumbangan kewangan berjumlah USD 8 billion.

 

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.57 petang

Tali barut Sisi membunuh penyokong Dr.Muhamamd Mursi ketika menunaikan solat subuh. Ia seperti perlakuan pengganas yahudi laknatullah.

 

 

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.31 petang

Rabaah Adawiyyah : Penyokong Dr.Muhammad Mursi menunaikan solat zohor berjemaah pada hari pertama Ramadan.

 

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.41 pagi

Penyokong Dr.Muhammad Mursi menunaikan qiamulail beramai-ramai pada pagi 1 Ramadhan di Medan Rabaah Adawiyyah. Inilah adalah salah satu senjata yang di gunakan untuk melawan kumpulan penentang.

 

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.36 pagi

Jumlah penyokong Dr.Muhammad Mursi semakin ramai di tengah bandar Bani Suez dengan kehadiran penduduk setempat bagi menyatakan sokongan terhadap Presiden Dr.Muhammad Mursi.Sementara itu Gabenor Bani Suez juga turun pada hari ini untuk berkampung di Medan Syuhada tengah bandar Suez.

sumber : R.N.N

 

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.34 pagi

Dr. Abdullah Al-Husaini salah seorang daripada rektor Al-Azhar telah meninggal dunia.

sumber : Azhar TV

 

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.24 pagi

Barisan Penyelamat, gabungan penentang Presiden Dr.Muhammad Mursi menolak dekri yang dikeluarkan oleh Presiden sementara, Adli Mansour pada 8 Julai lalu disebabkan ia tidak dibawa berbincang dengan mereka.

sumber: R.N.N

 

Rabu | 10 Julai 2013 | 01.36 malam

Jabhah ulamak minta Syeikh Azhar letak jawatan dan menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi adalah Presiden Mesir yang sah.

 

Rabu | 10 Julai 2013 | 12.43 malam

Syeikh Umum Qurra’ Mesir, Dr.Ahmed ‘Isa Ma’sarawi malam ini mengumumkan penyertaan beliau bersama-sama rakyat menolak rampasan kuasa tentera di dataran Raba’ah.

Beliau juga diberikan penghormatan untuk mengimami solat terawih. Beliau juga mengumumkan akan menjadi imam kepada umat Islam di Rabaah Adawiyyah sepanjang Ramadan.

 

Selasa | 09 Julai 2013 | 10.54 malam

Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika menunaikan solat terawih malam pertama Ramadan.

 

Selasa | 09 Julai 2013 | 10.40 malam

Bosnia : Rakyat Bosnia dan Herzegovina mengadakan demonstrasi demi menyatakan sokongan kepada Presiden Dr.Muhammad Mursi.

Ya Allah, lindungi bumi Mesir dan rakyatnya dengan keberkatan bulan yang mulia ini dan berikanlah kekuatan kepada Dr.Muhammad Mursi dan pengikutnya.

Selasa | 09 Julai 2013 | 07.25 petang

Kesatuan Doktor Perubatan Mesir hari ini melaporkan jumlah kematian dalam tragedi berdarah “Solat Subuh” pagi kelmarin meningkat 84 orang, dua daripada mereka merupakan anggota kesatuan.

Sementara jumlah kecederaan pula melebihi 1,000 orang dan 7 orang daripada mereka merupakan doktor perubatan, antara mereka Dr.Yahya Musa (jurucakap media Kementerian Kesihatan).
Selasa | 09 Julai 2013 | 02.52 petang

Kenyataan dari Pejabat Presiden sementara Pilihanraya Presiden akan diadakan dalam tempoh 6 bulan lagi.

 

Selasa | 09 Julai 2013 | 12.57 tengahari

Mantan Menteri Wakaf , Syeikh Dr.Talaat ‘Afifi menyertai himpuna Di Medan Rabaah bagi menyatakan sokongan kepada Dr.Muhammad Mursi dan beliau menegaskan krisis yang berlaku ini adalah rampasan kuasa yang jelas terhadap demokrasi dan penipuan yang berterusan mengenai kehendak rakyat bermula dengan pembubaran parlimen , pembatalan perlembagaan dan berakhir dengan rampasan kuasa keatas Presiden yang dipilih rakyat .

 

Selasa | 09 Julai 2013 | 12.23 tengahari

Dr Abdullah Barakat : Sheikh Azhar silap dan tidak harus samakan Dr.Muhammad Mursi dengan ” Yang diguling”.

Dr Abdullah Barakat, Dekan Fakulti Dakwah Islamiah, Universiti Al-Azhar menyatakan bahawa dr Mursi merupakan seorang Presiden yang adil, dan tidak harus bagi mana-mana pihak keluar membantahinya sebagaimana yang didakwa oleh Sheikh Azhar. Beliau juga turut menyatakan bahawa Sheikh Azhar, Dr Ahmad Toiyyib juga telah melakukan kesilapan dan menetukan pendiriannya terhadap Presiden.

Dr Abdullah Barakat menegaskan lagi dalam ucapannya ketika berucap di Medan Rabaah : ” tidak boleh menyamakan Presiden yang dipilih oleh rakyat itu adalah merupakan seorang yang adil dan amanah dengan gelaran ‘orang zalim yang telah diguling’.

Beliau juga turut menyeru seluruh rakyat termasuk Sheikh Al-Azhar agar membuat penilaian dan perbandingan antara Mesir sebelum Revolusi 25 Januari 2011 dan 30 Jun 2013 untuk mengetahui perbezaan antara Presiden yang dipilih rakyat dan Presiden yang ditolak.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 11.40 malam

Hari ini, ribuan rakyat Turki menunaikan solat jenazah ghaib untuk para syuhada tragedi pembunuhan beramai-ramai di Mesir.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 11.26 malam

Ribuan rakyat Jordan menunaikan solat jenazah ghaib di hadapan Kedutaan Mesir di Jordan untuk para syuhada tragedi pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di kawasan bangunan Pengawal Republik, Kaherah.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 11.26 malam

Hamdin Sobbahi (Sosialis) menuntut supaya dibentuk kerajaan peralihan dengan cepat untuk menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Mesir .

Dalam masa yang sama , golongan pemberontak(Tamarrud) meminta Presiden sementara untuk membubarkan Freedom and Justice Party (FJP) menyekat pimpinannya dari bergerak aktif dalam politik .

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 11.01 malam

Syeikhul Azhar meminta semua pihak memikul tanggungjawab terhadap negara bagi mengelak terjerumus ke dalam perang saudara .

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 08.14 malam

Syeikh Dr.Hassan as-Syafie , Penasihat Syiekhul Azhar :

Komplot rampasan kuasa telah dirancang 30 jam sebelum ia berlaku secara teliti dan halus bahkan boleh dikatakan, perancangan sentiasa di buat sepanjang tempoh pemerintahan Dr.Muhammad Mursi.

Saya menolak untuk menganggotai Suruhanjaya Perdamaian sejurus selepas mereka tumpahkan darah-darah saudara-saudaraku. Bagaimana saya ingin memohon kepada mereka untuk pulang dari seluruh dataran selepas kejadian yang berlaku ketika solat Subuh pagi tadi?

Kami mendesak agar dikembalikan siaran televisyen Islamik dengan segera. Senjata yang kamu takuti dari medium penyiaran Islamik merupakan senjata pemikiran dan tekanan ke atas orang Islam tidak akan berjaya

Revolusi 25 Januari 2011 tidak akan dibuang dan ditukar sama sekali kerana ianya telah terpahat di dalam hati orang-orang Mesir dan sesiapa yang menentang Revolusi tersebut maka merekalah golongan pengkhianat dan pelaku kezaliman.

Satu keaiban bagi demostran untuk meletakkan diri mereka di bawah naungan penindas. Sekiranya ia berlaku, maka mereka telah memperjudikan masa depan mereka .

Di mana jaminan keselamatan ke atas mereka yang berhimpun sebagaimana jaminan yang diberikan kepada pembangkang sebelum ini? Tiada alasan bagi tentera Mesir untuk terlibat dalam politik kerana tugas mereka ] hanya tertumpu pada menjaga keamanan negara sahaja.

Kepada rakyat Mesir diharap supaya bersabar sekalipun seruan (jihad) ini dianggap hasutan. Janganlah berputus asa dari terus berharap kepada Allah Taala.

Ketahuilah perbezaan antara yang betul , keganasan dan orang Islam di Mesir sekarang mereka bukanlah pengganas

Tidak akan berterusan penindasan dan pencerobohan dengan menakut-nakutkan rakyat selepas mereka merasai
kebebasan di zaman Dr.Muhammad Mursi .

Saya tidak bersetuju dengan penahanan Dr.Muhammad Mursi selaku Presiden yang dipilih rakyat dan wajib mengembalikannya kepada keluarganya .

Para wartawan menyebarkan berita bahawasanya demonstran mencuba memecah masuk bangunan Pengawal Republik dan dakwaan ini ternyata berbeza dengan berita yang sampai kepada saya .

 

Isnin l 08 Julai 2013 l 04.21 petang

Pihak tentera meningkatkan langkah keselamatan ke atas bangunan Hal Ehwal Ketenteraan yang terletak berdekatan Masjid Rabiatul adawiyah (medan demonstrasi) dengan menempatkan timbunan pasir pengadang di atas bumbung bangunan tersebut. Langkah tersebut diambil ekoran tragedi yang berlaku di Hirs Al-jumhuriy awal pagi tadi.

Selain itu, kelengkapan perisai juga telah ditempatkan di bahagian belakang bangunan dan unit bersenjata telah dikerah untuk berkawal di atas bumbung sebagai persediaan menghadapi para penunjuk perasaan.

 

Isnin l 08 Julai 2013 l 03.40 petang

Jurucakap rasmi Presiden sementara melaporkan kejadian yang berlaku di bangunan Pengawal Republik (Hirs Al-Jumhuriy) tidak akan mengganggu proses pembentukan kerajaan baru.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 02.35 petang

Al-Azhar Menyelar Tindakan Pembunuhan Beramai-ramai:

Al-Azhar menuntut pihak berkuasa Mesir mengadakan siasatan untuk mengetahui punca sebenar tragedi pagi ini yang dilaporkan telah meragut lebih dari 55 nyawa antaranya lima kanak-kanak di hadapan Hisr Al-Jumhuriy.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 08.21 pagi

Antara demonstran yang ditahan pagi ini.
Lokasi: Hirs Al-Jumhuriy.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 03.39 petang

Bursa Saham Mesir mencatat kerugian 9 Juta Pound Mesir (Junaih) pada pertengahan sesi.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 05.47 pagi

Penangkapan 20 orang penyokong Dr.Muhamamad Mursi yang berkampung di dalam Masjid berhadapan dengan Hirs Jumhuriyyah.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 05.19 pagi

Sniper (Penembak tepat) menaiki bumbung bangunan di Jalan Toiran dan mensasarkan kearah perhimpunan yang berada dijalan tersebut.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 04.54 pagi

Jalan masuk dan keluar Dataran Nahdhah ditutup dari segenap arah dengan kereta perisai.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 04.47 pagi

Sebilangan besar kereta perisai di jalan yusuf abbas menuju ke medan rabaah sekarang.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 04.33 pagi

Serangan keatas mereka yang berkampung di depan Hirs Jumhuri dengan menggunakan peluru hidup selepas selesai solat subuh.

 

Isnin | 08 Julai 2013 | 04.39 pagi

Gambaran situasi serang yang dilakukan oleh polis dan askar. Serangan tersebut bermula ketika ruku’ rakaat kedua.

 

Isnin| 08 Julai 2013 | 12.32 malam

Gambaran lokasi penempatan pelajar di cawangan Zaqaziq.

 

Isnin| 08 Julai 2013 | 12.17 malam

Jurucakap media Presiden mengumumkan el-Baradei dicalon sebagai Naib Presiden dan Ziyad Bahauddin sebagai Perdana Menteri Mesir.

Sebentar tadi, Al Jazeera laporkan bahawa Yunus Makhyun Presiden Parti Nur tidak setuju dengan dua calon ni.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 11.10 malam

Parti Saadah Turki merancang untuk membuat himpunan pada Ahad depan bagi menyokong Presiden Mesir yang dipilih rakyat.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 10.56 malam

Kumpulan Tamarrud yang berhimpun di Ittihadiyyah menempelak Barack Obama : Kami tidak akan membenarkan kamu untuk menjadikan Mesir kepada “Iraq yang baru” .

Mereka melaungkan slogan ” Rakyat dan tentera bersatu dan wahai Amerika kami tak mahu pertolongan daripada kamu.”

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 10.29 malam

Gerakan Islam di Kuwait mengutuk rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 10.12 malam

Peta lokasi penyokong Dr.Muhammad Mursi sekitar Madinah Nasr, Kaherah.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 09.44 malam

Temuramah oleh saudara Mohd Jamilul Anbia B. Md Denin dan saudara Aizuddin Saad, wakil Harian Metro Malaysia ( Harian Metro * myMetro ) bersama Ustaz Abdul Aziz Bin Ali Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013 bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan keselamatan pelajar Malaysia di Mesir.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 09.31 malam

2 orang wakil Harian Metro Malaysia ( Harian Metro * myMetro ), saudara Mohd Jamilul Anbia B. Md Denin dan saudara Aizuddin Saad mengunjungi pejabat rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan keselamatan pelajar Malaysia di Mesir.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 08.40 malam

Ribuan penyokong Dr.Muhammad Mursi di Mansurah turun menyatakan sokongan terhadapnya dan Syariyyah serta menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh tentera.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 07.18 malam

Penyokong Dr.Muhammad Mursi turun beramai-ramai berhimpun di hadapan kedutaan Mesir di Tunisia bagi membantah rampasan kuasa yang telah berlaku.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 07.08 malam

5 buah helikopter tentera terbang di ruang udara bangunan Hirs Jumhuriyyah dan Medan Rabaah Adawiyyah dengan mengibarkan bendera Mesir.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 06.40 petang

Sekarang ini, para penyokong Dr.Muhammad Mursi berarak di jalan Makram ‘Abid.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 06.31 petang

10 000 penyokong Dr.Muhammad Mursi memenuhi jalan Mustafa Nuhas, Madinah Nasr menyatakan sokongan kepadanya dan menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh tentera.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 06.07 petang

Kedutaan Syria di Kaherah mula dibuka pada hari ini disebabkan beberapa hari lepas berlakunya rampasan kuasa.

Halaman berita “Al-Youm Sabik” melaporkan beberapa pegawai bertugas dilihat menerima kunjungan warga Syria di Mesir dan mendengar masalah mereka.

Di pintu utama kedutaan digantung penyataan “Kedutaan mula dibuka hari ini.”

Presiden Muhammad Mursi sebelum ini memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim Syria.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 03.02 petang

Bilangan penyokong Dr.Muhammad Mursi yang turun di Syarik Thoiron dan Hirs Jumhuriyyah lebih kurang 100 000 orang setiap jam.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 11.09 pagi

Kanada : Rakyat Mesir di Kanada keluar beramai-ramai bagi menyatakan sokongan terhadap Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 08.46 pagi

Hari ini dijangkakan akan berlangsung perhimpunan besar-besaran.
Seluruh penyokong Dr.Muhammad Mursi dan Syar’iyyah akan berkampung di 3 lokasi utama :

1. Dataran Rabiatul Adawiyah
2. Dataran Nahdhoh
3. Perkarangan HQ Pengawal Republik

Manakala lokasi himpunan di Muhafazah :

1. Asyut – Masjid Umar Makram
2. Suhaj – Medan Ath-Thaqafah
3. Qena – Medan As-Sa’ah
4. Luxor – Kompleks Islam Madinah Esna & Medan Solahuddin
5. Beni Suef – Masjid Amru bin Al-‘Ash
6. Minya – Palace Square
7. Aswan – Masjid Nasr Kurnish Nil
8. Syarqiyyah – Masjid Al-Fath
9. Port Said – Masjid Tauhid
10. Ismailiyah – Masjid Solehin
11. Suez – Masjid Hamzah
12. Benha – Masjid Ibrahim Al-Morsi
13. Kafr Syeikh – Masjid Al-Istad
14. Damanhur – Masjid At-Taubah
15. Mansurah – Olympic Village Stadium Gamaah

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 07.16 pagi

Gambaran kedudukan penempatan warga Malaysia yang berada di Mesir sekitar Kaherah.

 

Sabtu | 07 Julai 2013 | 07.04 pagi

Laman Web Tamarod (Penentang) Digodam.

Semalam, penyokong Sheikh Hazim Solah Abu Ismail yang menyokong Presiden yang sah telah menggodam laman sesawang kumpulan Tamarod (Penentang) dengan memaparkan gambar Sheikh Hazim serta General As-Sisi dengan tulisan ‘pengkhianat’.

Mereka juga memaparkan secara ‘live’ siaran daripada Dataran Rabaah dimana tempat penyokong Presiden berhimpun sebagai makluman kepada umum bahawa Sheikh Hazim sedang ditahan oleh tentera dan polis.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 03.47 petang

Darul Ifta buat julung kalinya dalam sejarah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis pengmuman penetapan awal ramadan disebabkan pergolakan yang berlaku di Mesir.

Dr.Ibrahim Najmi, Penasihat Mufti Republik Arab Mesir, dalam kenyataan beliau menyatakan bahawa urusan melihat anak bulan diserahkan sepenuhnya kepada Mufti Republik, Syeikh Dr.Syauqi Ibrahim melalui lintas langsung dari Institusi Darul Ifta’ Mesir selepas terbenamnya matahari pada hari Isnin akan datang bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah.

Ekoran tersebut, beliau turut menjelaskan bahawa Darul Ifta’ mengesyorkan agar rakyat Mesir berdoa supaya Mesir dipelihara dari segala unsur negatif dan dan diberi peluang untuk sampai ke bulan Ramadan yang mulia ini.

Darul Ifta’ menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat Mesir yang bersemangat menyambut kedatangan Ramadhan yang dijanjikan keberkatan dan kebaikan.

Saban tahun Darul Ifta’ menganjurkan sambutan melihat anak bulan dengan kehadiran Mufti, Syeikhul Azhar, Presiden bersama pembantunya, sebahagian pimpinan politik dan ulamak. Sambutan dimulakan dengan bacaaan Al-Quran dan ucapan tahniah daripada Mufti dengan kedatangan bulan yang mulia ini.

 

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 03.40 petang

Abou Trekka (Ketua Pasukan Bola Sepak Mesir) bersama kumpulan penyokong Dr.Muhammad Mursi berarak menuju ke Hirs Jumhuriyyah.

Kumpulan penyokong ini turut disertai penyokong kelab bola sepak Al Ahly, Zamalek dan Ismailiyah.

Telah masuk waktu asar bagi Kaherah, Mesir dan cawangan yang sewaktu dengannya. Doakan agar Allah SWT memberi kemenangan kepada umat Islam khususnya di Mesir.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 01.12 petang

Update tentang himpunan hari ini 7 Julai 2013 di seluruh Mesir.
_______________________________________________
Himpunan penyokong Syar’iyyah Dr.Mursy di 3 lokasi utama :

1. Dataran Rabiatul Adawiyah
2. Dataran Nahdhoh
3. Perkarangan HQ Pengawal Republik

Lokasi himpunan di Muhafazah :

1. Asyut – Masjid Umar Makram
2. Suhaj – Medan Ath-Thaqafah
3. Qena – Medan As-Sa’ah
4. Luxor – Kompleks Islam Madinah Esna & Medan Solahuddin
5. Beni Suef – Masjid Amru bin Al-‘Ash
6. Minya – Palace Square
7. Aswan – Masjid Nasr Kurnish Nil
8. Syarqiyyah – Masjid Al-Fath
9. Port Said – Masjid Tauhid
10. Ismailiyah – Masjid Solehin
11. Suez – Masjid Hamzah
12. Benha – Masjid Ibrahim Al-Morsi
13. Kafr Syeikh – Masjid Al-Istad
14. Damanhur – Masjid At-Taubah
15. Mansurah – Olympic Village Stadium Gamaah
16. Iskandariah – Mahattah Masr, rally ke Sidi Gaber
17. Fayyoum – Masjid Asy-Syaban Al-Muslimin
18. Hurghada / Laut Merah – Masjid Mina’ Kabir
__________________________________________
Lokasi utama himpunan Tamarrud :

1. Medan Tahrir
2. Istana Ittihadiyah
3. Istana Qubah

Lokasi jalan menuju ke Medan Tahrir:

1. Dauron Shoubra
2. Masjid An-Nur

Lokasi jalan menuju ke Istana Ittihadiyah :

1. Matariyyah
2. Dauron Hijaz
3. Kubri Mustorod

Lokasi jalan menuju ke Istana Qubah :

1. Masjid Keshk
2. Medan Al-Amiriah
3. Masjid El-‘Atiq

*kebanyakan himpunan bermula selepas Asar

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 11.58 pagi

“Telah berlalu beberapa hari tetapi kerajaan “perampas” Mesir hanya baru mendapat sokongan dari 5 buah negara. .”kata Dr.Muhammad Jawady

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 12.36 malam

Carta jumlah penyokong Dr.Muhammad Mursi yang turun menyatakan sokongan kepadanya sekitar Kaherah.

 

Ahad | 07 Julai 2013 | 12.27 malam

Setelah dekri dari (kerajaan sementara) yang diketuai oleh Adli Mansour membubarkan Dewan Senat, maka anggota-anggota Dewan Senat telah mengadakan persidangan mereka di atas pentas dataran Rabaah Adawiyyah.

Mereka bagaimanapun menganggap Dewan Senat masih sah dan dekri tersebut terbatal.

Dalam sidang tersebut, mereka mencapai keputusan:

1) Menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera dan mengiktiraf Dr.Muhammad Mursi sebagai Presiden yang sah.

2) Mengiktiraf Perlembagaan 2012 masih diterima pakai walaupun tentera menggantung perlembagaan ini buat sementara waktu.

3) Akan meneruskan persidangan esok, Ahad di tempat yang sama.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 11.21 malam

Jawatan Dr.Mohammed El-Baradei telah di tarik balik selepas Parti Hizb Nur tidak bersetuju dengan perlantikannya sebagai perdana menteri sementara.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 10.10 malam

Yaman : Golongan pemuda di Yaman berarak beramai-ramai ke kedutaan Mesir di Sanaa bagi mengecam rampasan kuasa tentera di Mesir dan menyatakan sokongan kepada Dr.Muhammad Mursi.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 08.50 malam

Ringkasan kenyataan terbaru oleh Al-Imam As-Syeikh Al-Akbar Al-Qaradhawi Ketua Persatuan Ulamak Sedunia Hafizahullah hari ini.

1. Rakyat Mesir mestilah bersama menyokong Presiden yang sah,Dr.Muhammad Mursi,kekalkan perlembagaan kerana ia merupakan kemestian untuk disempurnakannya manakala Abdul Fattah As-Sisi mestilah menarik balik tindakannya.

2. Fadhilatus Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Tayyib telah memilih jalan yang lebih menyukarkan akibat bersetuju dengan tindakan tentera ke atas Presiden Dr.Muhamamd Mursi.

3. Semua pihak di Mesir perlulah kembali bersatu untuk mengekalkan apa yang telah dicapai dalam Revolusi yang lalu.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 I 07.58 malam

Bekas Ketua Agensi Atom PBB Dr.Mohammed El-Baradei dilantik menjadi perdana menteri sementara dan akan mengangkat sumpah jam 8.00 malam ini.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 07.56 petang

Gambaran penyokong Dr.Muhammad Mursi di dataran Rabaah Adawiyyah ketika solat maghrib. Tidak terlepas juga, golongan wanita turut bersama memberi sokongan terhadap Presiden Mesir yang sah.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 06.35 petang

Rakyat Mesir di Paris berhimpun menyatakan sokongan terhadap Dr.Muhammad Mursi Presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi.

 

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 06.25 petang

Pihak Tamarrud dan Abul Futuh bekerjasama dengan Presiden sementara untuk mencalonkan El-Baradie sebagai Perdana Menteri.

sumber : Akhbarak.net

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 06.20 petang

Perarakan beribu-ribu penyokong Dr.Muhammad Mursi di muhafazah Ghorbiyyah sepanjang jalan Said, Tanta. Bilangan penyokong meningkat secara mendadak.

Kepada semua warga Malaysia yang berada di Mesir supaya mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah (KBMK).

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 02.38 petang

Kami menafikan beberapa berita yang tersebar hari ini berkaitan isu semasa Mesir. Antaranya :

“Berita terbaru: 9.00 malam waktu Mesir ( 3.00 pagi waktu Malaysia)

1) General Asisi mohon berunding dengan Dr.Muhammad Mursi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.
= Apa yang berlaku adalah General As-Sisi telah menutup pintu rundingan dengan Presiden Dr.Muhammad Mursi.

2) Tentera Mesir terbahagi 2 Ketua turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.
= Benar

3) Akhbar Chanell 2 mengulas – Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Dr.Muhammad Mursi.
= Tidak jelas channel 2, apakah yang dimaksudkan.

4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah iaitu Dr. Muhammad Mursi.
= Meragukan kerana jumlah penyokong yang berada di Medan Rabaah ketika ini sudahpun melebihi angka 3 juta orang.

5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.
= Tidak benar sebaliknya kereta kebal tentera bersama dengan kumpulan anti Presiden (Tamarrud).

6) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.
= Benar berlaku pertemuan, namun tidak diketahui apakah isi pertemuan tersebut.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 02.03 petang

Pesanan Syeikh Rasyid Ghannushi buat semua penyokong yang menentang rampasan kuasa dan para tentera yang berkawal di medan serta jalan-jalan di Mesir:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai keturunan sang Penakluk Agung Ibn Al-Ash dan Solahuddin dan Qutuz. Telah tertegak semula sejarah (sejarah Islam dan kebebasan), dan nasib kebangkitan Arab yang sentiasa menunggu keputusan serta tindakan daripada kamu. Adakah kamu mahu terus kekal menghadapi berbagai kerenah mereka yang enggan menerima kebebasan dan demokrasi?

Atau, inginkah kamu kekalkan legasi nenek moyang kamu yang agung sebagai pahlawan yang gagah berani di belakang pemimpin kamu? Yang tetap teguh dalam memelihara nilai serta prinsip demokrasi, kebebasan dan kemodenan berteraskan Islam.

Sesungguhnya kebangkitan bangsa Arab telah bermula di Tunisia dan kini ia telah merebak ke Mesir untuk membakar segala penindasan yang telah dilakukan oleh pemerintah yang zalim. Kini kebangkitan tersebut bergantung di atas tangan-tangan kamu. Maka adakah sesiapa yang ingin mengejar kemuliaan dan tanggungjawab tersebut?

Dengan nama Allah, dengan nama Yang Maha Mengasihani, dengan nama ummah, aku merayu kepada kamu semua untuk tetap teguh sebagaimana janji-janji kamu dan janganlah kamu kembali ke rumahmu sebelum kami melunaskannya.

Sehinggalah kembalinya kebenaran di atas tempatnya, dan kembalinya kebebasan dan demokrasi di atas landasannnya, dan kembalinya syariat kepada asalnya. Sehingga kembalinya Presiden yang dipilih melalui pilihanraya yang sah iaitu Presiden Dr.Muhammad Mursi ke bidangnya yang menepati kehendak rakyat Mesir.

Sekiranya ia berlaku, maka ia bukan sahaja merupakan kemenangan terhadap rakyat Mesir, bahkan ia juga kemenangan ke atas prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan Islam.

Rasyid Ghannushi,
Presiden Parti Nahdah, Tunisia
pagi Sabtu bersamaan 06 Julai 2013

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 01.54 petang

Suasana di hadapan Hirs Jumhuriyyah sebentar tadi.

Semoga Allah SWT memberi kemenangan kepada yang hak dan menjatuhkan yang batil.

لا حول ولا قوة الا بالله
حسبنا الله ونعم الوكيل
الله ينصركم ويعزكم

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 12.54 tengahari

Kenyataan Pembantu Hal Ehwal Politik Presiden Mursi, Bakinam Asy-Syarqawi:-

Punca utama di sebalik rampasan kuasa yang berlaku ke atas Presiden adalah disebabkan langkah-langkah awal yang beliau ambil dalam usaha mengembalikan kedaulatan dan kesucian Kabinet Negara seperti:

1. Menghentikan khidmat 6000 hakim yang berumur melebihi 60 tahun dan turut campur tangan dalam pengurusan bajet Kementerian Kehakiman secara berlebihan untuk memberikan nafas baru terhadap badan kehakiman awam. Demi merealisasikan usaha tersebut, beliau telah memilih seramai 12000 graduan perundangan yang berkelayakan.

2. Memutuskan ke atas 5000 petugas keselamatan yang berpangkat kolonel dan penjawat atasan polis supaya dibersarakan lebih awal serta menubuhkan suruhanjaya baru di Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji dan menyemak semula tempoh perkhidmatan mereka.

3. Membatalkan permohonan semua pendaftar yang berisiko dalam semua bidang kenegaraan bergantung kepada keadaan semasa serta keizinan daripada Pendakwaraya yang akan bermula pada 10 Ogos 2013.

Ini merupakan peluang kepada seluruh rakyat untuk memulakan kehidupan yang baru tanpa diperalat dalam kegiatan-kegiatan samseng oleh para pimpinan negeri dan parti negara yang terlibat dengan aktiviti rasuah.

Selain itu, ia juga diantara keputusan yang bakal dilaksanakan selepas mendapat persetujuan dan tandatangan daripada Presiden.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 10.51 pagi

Hari ini perbicaraan semula rejim Husni Mubarak, dua anaknya Ala’a dan Jamal serta bekas Menteri Dalam negeri Habib ‘Adli atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan dan skandal lain.

Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan kemenangan kepada pihak yang benar.

Sabtu | 06 Julai 2013 | 04.44 petang

Sebentar tadi, bacaan doa laknat daripada penyokong Dr.Muhammad Mursi di dataran Rabaah Adawiyyah kepada mereka yang bersekongkol dengan tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak askar.

لا حول ولا قوة الا بالله
حسبنا الله ونعم الوكيل
الله ينصركم ويعزكم

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 03.24 petang

Peta lokasi diantara penempatan asrama pelajar Malaysia dan lokasi yang berlaku pertembungan diantara penyokong dan penentang Presiden Dr. Muhammad Mursi. Lokasi tersebut adalah di Medan Tahrir, Jambatan 6 Oktober, dan berhampiran bangunan Penyiaran Mesir (Masbero).

 

Sabtu | 6 Julai 2013 | 03.07 petang

Tentera menutup jalan berdekatan Universiti Al Azhar Hayyu Sadis , Kaherah bertentangan Tugu Peringatan Anwar Sadat yang berdekatan dengan medan Rabaah Adawiah. Keadaan setakat ini masih terkawal.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 03.03 petang

Presiden (sementara Mesir) Adli Mahmod Mansour Hari ini menerima kunjungan 3 anggota kempen Tamarud Mahmoud Badr, Muhammad Abdul Aziz dan Hassan Shaheen di ibu pejabat Presiden. Sementara itu, Adli Mahmod Mansour mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Abdul Fattah As-Sisi dan Menteri Dalam negeri, Mohammed Ibrahim bagi mendapatkan perkembangan semasa negara serta Dr.Mustafa Hijazi Penasihat Politik bagi Presiden sementara.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 01.20 petang

Bishri : Menjatuhkan Dr.Muhammad Mursi merupakan rampasan kuasa yang nyata ke atas perlembagaan demokrasi.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 01.58 pagi

Fatwa pembatalan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Dr.Muhammad Mursi:

1.Fatwa oleh Sheikh Hashim Islam, salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa kewajipan menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya serta mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, malah memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim.

2. Beliau menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. Adalah tidak wajar bagi rakyat Mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

3. Konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

4. Tambah beliau: “Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

5. Beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, Tahrir dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

6. Di akhir ucapan, beliau menyatakan: “Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan. Beliau menggalakkan pembangkang agar menggunakan konsep pembinaan bukannya kehancuran kerana Islam mementingkan prinsip menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 09.32 pagi

Semalam , bilangan penyokong Dr.Muhammad Mursi semakin bertambah. Para Ulamak Al-Azhar menjadi benteng utama di bahagian hadapan. Mereka terus membantah dan menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak askar dan menuntut Dr.Muhammad Mursi di kembalikan jawatannya selaku Presiden Mesir.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 12.33 malam

Darul Ifta’: Wajib Memelihara Demonstrasi Aman dan Pertumpahan Darah Serta Mengawal Diri Daripada Sebarang Kegiatan Ganas.

Institusi Fatwa Mesir, Darul Ifta’ mengecam adegan keganasan dan vandalisme yang melanda wilayah-wilayah di Mesir. Institusi tersebut menegaskan bahawa darah, harta dan kehormatan seluruh rakyat Mesir terpelihara menurut syariat.

Rakyat Mesir juga digesa untuk membina semangat toleransi sebagaimana yang dianjurkan oleh semua agama agar melahirkan persefahaman antara semua pihak, di samping mengingatkan bahawa kegagalan memelihara keamanan dan galakan aktiviti keganasan menjadi ancaman terhadap keselamatan rakyat dan ekonomi Mesir.

 

Sabtu | 06 Julai 2013 | 09.08 pagi

Para penyokong Dr.Muhammad Mursi berkampung di hadapan Hirs Jumhuriyyah.

Ya Allah, selamatkan bumi Mesir dan rakyatnya

لا حول ولا قوة الا بالله
حسبنا الله ونعم الوكيل
الله ينصركم ويعزكم

 

Jumaat | 05 Julai 2013 | 11.33 malam

Tentera menyekat perarakan penyokong Dr.Muhammad Mursi yang akan menghala ke Medan Tahrir dan sepanjang Qornish Nil.

Perarakan daripada penyokong Dr.Muhammad Mursi cuba untuk menuju ke Medan Tahrir melalui jambatan Qasr Nil.

Walau bagaimanapun, kereta perisai tentera telah menutup pintu masuk jambatan dari arah Medan Opera, lalu mereka menuju ke jambatan 6 Oktober dari azah Zamalek menuju Medan Tahrir.

Ini memaksa kereta perisai tentera dikerahkan ke Qornish Nil berhadapan bangunan Masbero untuk menyekat kemaraan penyokong Dr.Muhammad Mursi untuk masuk ke Medan Tahrir. Maka berlakulah pertempuran diantara penyokong dan anti Mursi serta tentera.

 

Jumaat | 05 Julai 2013 | 10.54 malam

Keputusan Kerajaan Sementara Republik Arab Mesir Membubarkan Majlis Syura Serta Melantik Ketua Baru Bagi Agensi Keselamatan Negara.

Presiden (kerajaan sementara) Republik Arab Mesir, Adli Mansour telah mengeluarkan pengisytiharan perlembagaan untuk membubarkan Majlis Syura.

Pada masa yang sama juga beliau telah melantik Mohamed Rafat Shehata sebagai Penasihat Keamanan Presiden. Beliau turut melantik Ahmed Farid sebagai Ketua Perisikan Agensi Keselamatan Negara (GID).

 

Jumaat | 05 Julai 2013 | 10.49 malam

Washington Post : Rampasan kuasa di Mesir gagal. Tentera mulakan rundingan dengan Dr.Muhammad Mursi.

 

Jumaat | 05 Julai 2013 | 10.23 malam

Sekarang ini berlaku perhimpunan di depan kedutaan Mesir di Jordan bagi menyatakan sokongan kepada Dr.Muhammad Mursi dan menolak rampasan kuasa oleh askar.

 

Jumaat I 05 Julai 2013 I 09.54 malam

Terkini: Syeikh Al-Azhar Menggesa Supaya Semua Tahanan Politik Dibebaskan.

Memetik kenyataannya Dr.Ahmad Muhammad Thayyib Syeikhul Azhar berkata bahawa Institusi Al-Azhar As-Syarif menuntut supaya pihak tentera membebaskan semua tahanan yang terdiri daripada pimpinan dan akitivis politik. Beliau juga menggesa supaya tempoh peralihan kuasa tidak dilengahkan agar pindaan perlembagaan dan pilihanraya dapat dilaksanakan.

Al-Azhar juga mengutuk keras tindakan menyekat mana-mana saluran yang berasaskan keagamaan dan selainnya. Turut dituntut adalah bayaran pampasan oleh pihak tentera kepada keluarga para syuhada yang terbunuh di medan demonstrasi tanpa mengira perbezaan pandangan.

Selain itu, Al-Azhar mendesak pihak tentera mengisytiharkan Suruhanjaya Perdamaian Kebangsaan serta badan-badan seumpamanya sebagai salah satu inisiatif dalam membentuk sebuah kerajaan tenokrat yang bersifat non-partisan untuk mengalakkan pembangunan dan melaksanakan semua peruntukan termasuk badan perundangan.

Al-Azhar turut menyeru agar segala kegiatan ganas dan aktiviti provokasi dapat dihentikan demi menjaga kehormatan dan kesucian darah rakyat Mesir umumnya.

 

Jumaat I 05 Julai 2013 I 09.16 malam

Berlin, Jerman : Rakyat Jerman menyokong Presiden Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah serta menolak segala rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

 

Jumaat I 05 Julai 2013 I 08.46 malam

Antara intipati ucapan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Muhammad Badie :

1) Jutaan penyokong Dr.Muhammad Mursi akan kekal di medan-medan perhimpunan “duduklah di tempat kamu sehingga Dr.Muhammad Mursi dikembalikan menjadi Presiden.”

2) Kepada tentera kembalilah menyertai rakyat Mesir. Manakala tugas kamu adalah menjaga undang-undang dan tugas kami memastikan pembebasan Dr.Muhammad Mursi dan memastikan beliau kembali menjadi presiden Mesir.

3) Perhimpunan aman kami ini adalah lebih kuat dari peluru-peluru dan kereta-kereta kebal kamu, kami tidak gentar dalam menyatakan yang benar.

4) Sepatutnya kamu korbankan roh kamu mempertahankan rakyat mesir, jangan kamu korbankan rakyat Mesir untk mendapatkan habuan pangkat.

5) Syeikh Azhar adalah lambang agama, tetapi tidak boleh disamakan dengan kehendak dan kemahuan rakyat Mesir.

6) Begitu juga ketua paderi, kamu bukan mewakili keseluruhan penganut kamu, ada juga diantara mereka yang menyokong Dr.Muhammad Mursi.

7) Kami sanggup mempertahankan leher-leher kami demi memastikan Presiden kami berkuasa.

 

Jumaat I 05 Julai 2013 I 08.26 malam

Penyokong Dr.Muhammad Mursi sedang berkumpul di Dataran Rabaah Adawiyyah, Iskandariah dan tempat-tempat yang lain. Manakala pihak penentang juga membuat perhimpunan di Dataran Tahrir.

 

Jumaat / 05 Julai 2013 / 08.07 malam

Penyokong Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah menuju ke Masbero lebih kurang 5 km dari Doke.

 

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 05.51 petang

Kenyataan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan:

1- Turki mempunyai pengalaman berharga dalam menjalankan sistem demokrasi yang berjaya dan perlu dikaji oleh seluruh rakyat dan negara di sekelilingnya bagi mengambil manfaat daripada apa yang telah berlaku kepada mereka sebelum ini.

2- Rampasan kuasa telah berlaku lebih awal di Turki kurang lebih 10 tahun yang lalu.

3- Orang-orang yang bersama dalam rampasan kuasa di Turki, mereka akan dinilai oleh Allah sekiranya perkara ini berlanjutan sehinggalah ke akhir hayat mereka.

4- Sehingga kini, negara-negara Barat tidak berkompromi dengan rampasan kuasa yang berlaku di Mesir.

5- Negara – Negara Barat tidak menunjukkan sebarang pendirian mereka terhadap apa yang berlaku di Mesir. Ini menunjukkan mereka mempunyai niat yang tidak baik terhadap Mesir.

6- Peti undi merupakan satu jaminan untuk menjadi penilaian kepada kegagalan pemerintah.

7- Golongan yang mengambil sikap berkecuali mengenai rampasan kuasa oleh pihak tentera turut bertanggungjawab atas penggulingan tersebut.

8. Kami di Turki bergantung kepada prinsip yang asal walaupun rampasan kuasa ini berlaku ke atas pembangkang , kami juga membangkang terhadap rampasan kuasa ini.

9. Penggulingan dan pengabaian terhadap suara majoriti menzahirkan kegagalan demokrasi.

10. Kesatuan Eropah tidak mengatakan apa yang berlaku di mesir ketika ini merupakan satu rampasan kuasa oleh pasukan tentera, ia seolah-olah melenyapkan dasar demokrasi yang digunakan.

11. Senjata dan media massa tidak berpihak kepada demokrasi.

12. Dunia tidak menyokong Mesir sedikitpun, dan tidak berpihak kepada Mesir kecuali negara Turki, Qatar tetapi bagi negara Greece tidak bersama Mesir. ini membuktikan bahawa berlakunya pertembungan perlembagaan.

13. Individu yang kalah dalam pilihanraya mempunyai pandangan yang tersendiri dalam ucapannya, pandangan majoriti, untuk meningkatkan prestasi diri dan memperbetulkan kesalahannya. Adapun rampasan kuasa oleh tentera adalah bertentangan sama sekali.

14. Mereka yang tewas dalam pilihanraya Turki yang lalu meminta bantuan tentera untuk menjatuhkan pemerintahan.

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 04.38 petang

Jutaan penyokong Dr.Muhammad Mursi keluar di seluruh cawangan Mesir menyatakan sokongan kepadanya dan Syariyyah.

sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية

Semoga Allah SWT memelihara dan memenangkan Islam di bumi Mesir dan rakyatnya

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 03.43 petang

Para ulamak Al-Azhar turun padang menyatakan sokongan bersama Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah serta menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh askar.

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 02.05 petang

Siaran alternatif terkini media Islam ditutup.

Kini sedang berlaku kebangkitan Mesir di seluruh muhafazah :

Iskandariah : 100000 orang awam telah keluar untuk menentang perlembagaan baru.

Buhairoh : 10000 orang awam telah keluar untuk menentang perlembagaan baru.

Ismailiyyah : Bantahan tentera bersenjata dan penentangan orang awam.

Beni Suef : Penentangan orang awam terhadap penutupan ibu pejabat muhafazah dengan menggantung gambar Dr. Muhammad Mursi di hadapan bangunan tersebut.

 

Jumaat/ 5 Julai 2013/ 01.47 petang

Presiden sementara Mesir, Adli Mansour melantik Mustafa Hijazi sebagai penasihat politik.

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 01.34 petang

Istanbul : Pengibaran bendera Mesir dan Syria oleh rakyat Istanbul bagi menyatakan sokongan kepada Presiden Dr.Muhammad Mursi serta menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak askar.

Semoga Allah SWT memelihara bumi Mesir dan rakyatnya.

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 01.16 petang

Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika solat jumaat.

Setakat ini Mesir dalam keadaan selamat terutama di penempatan pelajar-pelajar Malaysia, Mesir.

PMRAM menasihati ahli agar mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan KBMK. PMRAM juga mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mengambil langkah keselamatan sebaiknya.

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 05.09 petang

Peguam Negara Mesir Abdul Majid Mahmoud telah mengumumkan perletakkan jawatannya sehari selepas dilantik semula ke jawatan tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat. Mahmoud berkata, beliau telah membuat keputusan untuk “mengelakkan rasa malu untuk membuat kehakiman terdapat mereka yang telah “mengeluarkan” beliau daripada pejabatnya.”

Siasatan akan dijalankan minggu depan terhadap Presiden yang “digulingkan” Dr.Muhammad Mursi dan 9 pemimpin Ikhwan lain atas tuduhan telah menghina mahkamah.

Mahmud akan mengumumkan perletakkan jawatannya kepada Majlis Tertinggi Kehakiman.

Mahmoud berkata, beliau telah pun menyatakan pendiriannya tiada sesiapa perlu campur tangan dalam pendakwaan am.

Dr.Muhammad Mursi yang telah “digulingkan” pada rabu lalu telah memecat Mahmoud menerusi deklarasi perlembagaan pada November 2012.

Minggu lalu, mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan mahkamah rendah untuk menolak Talaat Abdullah menggantikan Mahmoud sebagai Peguam Negara pada bulan November 2012. Pada hari yang sama, keputusan berasingan mengesahkan pemecatan Mahmoud dari jawatan itu.

Dalam apa yang disifatkan sebagai tindakan bermotifkan politik, Majlis Tertinggi Kehakiman memutuskan untuk menolak Talaat Abdullah, dan membatalkan pemecatan Mahmoud.

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 05.19 petang

Afghanistan sokong Dr.Muhammad Mursi :

Rakyat Afghanistan keluar menyatakan sokongan terhadap Presiden Mesir yang sah Dr.Muhammad Mursi dan syariyyah.

sumber : عاجل | الجزيرة توك

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 08.05 pagi

Suasana dataran Rabaah Adawiyyah yang dipenuhi jutaan penyokong Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

PMRAM menasihati ahli agar mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan KBMK. PMRAM juga mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mengambil langkah keselamatan sebaiknya.

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 03.00 petang

MARSA , MATRUH : Pemberontak menyerang penyokong Dr.Muhammad Mursi yang sedang berhimpun kemudian berusaha melarikan diri daripada kepungan polis dan tentera kerana dibimbangi akan tercetusnya pertempuran.

SUEZ : Penyokong Dr.Muhammad Mursi terus berhimpun di hadapan Masjid Saidina Hamzah.

SYARQIAH : 100,000 terlibat dalam kebangkitan rakyat menuju ke ibu pejabat Muhafazah untuk mengisytiharkan sokongan kepada Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden secara aman.
( Maklumat ini bersumberkan daripada Wartawan Al-Nahar).

RABAAH : Penyokong Mursi berhimpun secara besar-besaran di dataran Rabaah Adawiyyah.

NAHDOH, UNIVERSITI KAHERAH : Ribuan rakyat terus berhimpun secara besar-besaran seterusnya menuju ke Kementerian Pertahanan untuk menyatakan pendirian mereka mengenai sokongan terhadap Dr.Muhammad Mursi

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 02.35 petang

“Kami tidak akan berganjak sehingga selesai tindakan proses peralihan.” kata barisan penyelamat.

 

 

Jumaat/ 05 Julai 2013/ 01.20 pagi

 

Salam Jumaat buat semua.

Perhatian kepada semua warga Malaysia yang berada di Mesir supaya tidak keluar selepas solat Jumaat. Selain itu, tidak dibenarkan untuk mendekati mana-mana perarakan samada pihak penyokong mahupun pihak pembangkang.

Maklumat tambahan ditetapkan bagi memperkemaskan langkah keselamatan masing-masing. Antaranya :

1. TIDAK DIBENARKAN untuk keluar daripada muhafazah masing-masing.
2. Sekiranya keluar dari rumah, pastikan berhati-hati dan berkumpulan serta sentiasa peka pada keadaan sekeliling.
3. Elakkan berkomukasi dengan warga tempatan berkenaan dengan isu Mesir.
4. Sebarang kecemasan, sila hubungi Yang Dipertua (YDP) BKAN dan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) masing-masing.

 

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 11.16 malam

Antara perkara yang dipersetujui pihak penentang :

1) Mesir akan diberi minyak petroleum percuma selama setahun.
2) Membekalkan makanan asasi yang mencukupi dengan harga yang murah.
3) Menyelesaikan masalah elektrik yang selalu terputus dengan mengadakan kerjasama antara negara teluk.
4) Parti Nur telah memihak kepada askar setelah menteri dalam negeri kerajaan Arab Saudi menjanjikan satu bentuk bantuan kewangan kepada parti itu untuk menyalurkan wang sebanyak 150 milion setahun.
5) Polis telah menyatakan sokongan padu kepada tentera untuk menyingkirkan Presiden Dr.Muhammad Mursi
6) Mereka menyekat kebebasan bersuara.
7) El-Barodie mengarahkan agar hakim dan tentera menghapuskan huriyyah wal adalah dan ikhwan muslimin.
8 ) Kementerian dalam negeri mengarahkn agar mana-mana siaran televisyen dan surat khabar yang menunjukkan sokongan kepada ikhwan muslimin dihentikan perkhidmatannya.
9) Syeikh Al-Azhar dan pendeta dipergunakan oleh Hamdain Sobahi, untuk melengkapkan rampasan kuasa yang dilakukannya kepada Dr.Muhammad Mursi.
10) Kerajaan Arab Saudi mengucapkan tahniah kepada Mesir.
Muhammad bin Naif bin Abd Aziz, menteri luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir, dengan rampasan kuasa ini. Kerajaan Arab Saudi akan memberi 3 billion dolar kepada kerajaan Mesir, dalam masa yang sama, separuh dari duit ini, akan diserahkan sebelum tempoh 5 hari.

* Sheikh Arifi masih lagi terkejut dengan kejatuhan Dr Mohammed Morsi sebagai presiden Mesir. Beliau berkata “Inilah kali pertama pemimpin yang menghafal kesemua 30 juzu’ Al-Quran ditolak dan digantikan dengan seorang penyokong Yahudi.” Beliau juga berkata ini adalah satu hinaan kepada umat Islam sendiri kerana mereka (tentera Mesir) lebih patuh pada arahan Yahudi berbanding dengan Presiden mereka sendiri. Hasbunallah Wani’malwakib.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 09.03 malam

Perhimpunan penyokong Dr.Muhammad Mursi dan syariyyah di Mansoura serta menolak rampasan kuasa dari pihak askar.

PMRAM menasihati ahli agar mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan KBMK. PMRAM juga mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mengambil langkah keselamatan sebaiknya.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 08.57 malam

Suasana Dataran Rabaah Adawiyyah yang dipenuhi oleh penyokong Dr.Muhammad Mursi ketika solat maghrib dan solat isyak.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 08.45 malam

Para ulamak Al-Azhar turun padang bersama penyokong Dr.Muhammad Mursi di dataran Rabaah Adawiyyah.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 08.11 malam

Brazil mengumumkan bahawa mereka tidak bersama dengan Presiden sementara, Adli Mansour atas campur tangan jahat dalam proses demokrasi Mesir.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 06.03 petang
Penyokong Dr.Muhammad Mursi akan berarak dari Medan Rabaah Adawiyyah menuju Kementerian Pertahanan dan akan berkampung berkampung di sekitar bangunan tersebut.

PMRAM menasihati ahli agar mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan KBMK. PMRAM juga mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mengambil langkah keselamatan sebaiknya.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 05.33 petang

Presiden Tunisia menolak campur tangan tentera di dalam proses demokrasi Mesir.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 05.29 petang

Lebih 10 ribu penduduk Kafr Sheikh keluar ke jalan raya, menyatakan sokongan kepada Dr.Muhammad Mursi seterusnya mengagalkan rampasan kuasa oleh tentera.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 05.13 petang

Gerakan pemberontak “Tamarrud” mencalonkan tokoh pembangkang yang juga bekas Ketua Agensi Atom PBB Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Perdana Menteri.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 04.53 petang

Dewan Senat Mesir mengadakan sidang tergempar hari ini bagi membuat usul tidak percaya kepada Ketua Majlis Tentera Abdul Fattah As-Sisi dan Presiden sementara Adli Mansour.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 04.21 petang

Gerakan Kehakiman Mesir telah bergabung bersama penyokong Dr.Muhammad Mursi di Dataran Adawiyyah. Selain itu juga, mereka akan bertahan sehingga rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera dapat digagalkan.


Khamis/ 04 Julai 2013/ 03.04 petang

Petang ini, kabilah arab daripada Saina’, Asyut, dan sebilangan tempat yang lain memberi tempoh kepada tentera dalam masa 48 jam untuk mengembalikan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat dan menarik semula kenyataan semalam yang mencabar rakyat.

 


Khamis/ 04 Julai 2013 /02.42 petang:

Damanhur: Berlaku himpunan besar-besaran di mana seramai lebih daripada 100 ribu rakyat melalui jalan-jalan utama sambil berulang kali melaungkan slogan:

“Berambus wahai As-Sisi, Mursi adalah Presiden!”

PMRAM menasihati ahli agar mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan KBMK. PMRAM juga mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mengambil langkah keselamatan sebaiknya.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 02.06 petang:

10 ribu penyokong Dr.Muhammad Mursi di Bani Suez turun ke jalananan bagi membantah rampasan kuasa terhadap Presiden Dr.Muhammad Mursi.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 06.05 pagi:

Hasil daripada kebebasan yang nikmati setakat ini di bawah pemerintahan rampasan Kuasa di Mesir :

1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2. Menyekat surat khabar FJP.
3. Menutup siaran Misr 25
4. Menyekat siaran langsung al jazeera di rabaah
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr.Muhammad Mursi sehingga ramai yang syahid.
6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr.Muhammad Mursi
7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung al jazeera dan beberapa pemberita antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal
8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah
9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr.Muhammad Mursi di Rabaah Adawiyyah.

Khamis/04 Julai 2013/ 05.14 pagi

Kesemua stesen televisyen Kristian meraikan rampasan kuasa keatas puak Islam sementara stesen televisyen Islam Mesir ditutupkan serta para pekerjanya ditangkap. Demi Allah SWT, ini penghinaan dan pengkhianatan keatas umat Islam.

Khamis/ 04 Julai 2013/ 05.09 pagi

Diumumkan di pentas Dataran Rabaah Adawiyyah bahawa pengawal negara dan sebilangan askar menolak rampasan kuasa yang dilakukan dalam masa yang sama menyokong kepimpinan Dr.Muhammad Mursi.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 05.05 pagi

Bilik Operasi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (Pusat) berjalan seperti biasa. Maklumat tambahan ditetapkan bagi memperkemaskan langkah keselamatan ahli. Antaranya :

1. Dibenarkan keluar dari rumah tetapi hanya berlegar di kawasan setempat sahaja.
2. TIDAK DIBENARKAN untuk keluar daripada muhafazah masing-masing.
3. Mahasiswa dan mahasiswi TIDAK DIBENARKAN keluar terutama tempat-tempat yang berlaku perarakan samada dari pihak penyokong atau pembangkang. Antaranya :
– Rabaah Adawiyyah
– AlNahda Universiti Kaherah
4. Sekiranya keluar dari rumah, pastikan berhati-hati dan berkumpulan serta sentiasa peka pada keadaan sekeliling.
5. Program yang dianjurkan bawah PMRAM ditangguhkan buat sementara waktu.
6. Sebarang kecemasan, sila hubungi Yang Dipertua (YDP) BKAN dan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) masing-masing.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 01.47 petang

Sebentar tadi, Adli Mansour, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan yang dilantik oleh tentera sebagai ketua kerajaan sementara mengangkat sumpah jawatan di hadapan anggota-anggota hakim mahkamah.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 12.23 tengahari

Perarakan besar-besaran di seluruh kawasan Iskandariah diadakan demi menyatakan bantahan mereka terhadap rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Presiden Dr Muhamad Mursi.

PMRAM menasihati ahli agar mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan KBMK. PMRAM juga mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mengambil langkah keselamatan sebaiknya.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 01.16 petang

Kenyataan daripada gabungan mahasiswa dan graduan Al-Azhar mengenai isu rampasan kuasa:

1. Tidak mengiktiraf bahawa sokongan Syeikh Al-Azhar mewakili suara Al-Azhar malah mengiktibarkan suara kesatuan Al-Azhar hanyalah Kesatuan Hal Ehwal Kibar Ulama. Suara rasmi Al-Azhar hanyalah daripada Hailah Kibarul Ulamak Azhar..

2. Masih mengiktiraf Dr.Muhammad Mursi sebagai ketua rasmi negara.

3. Menolak mana-mana perkara yang terkeluar daripada perlembagaan dan undang-undang melainkan perkara yang menepati syariat.

4. Menyeru kepada semua lapisan masyarakat Mesir agar berkumpul di semua medan di Mesir dan meneruskan perhimpunan secara aman.

5. Mengecam tentera yang berpaling tadah daripada perlembagaan bersyariat.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 12.46 tengahari

Berlaku perarakan besar-besaran memasuki Medan Rabiatul Adawiyah dan para demonstrasi berpusu-pusu serta melaungkan “Tentera milik kami dan As-Sisi tidak bersama kami!”

PMRAM menasihati ahli agar mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan KBMK serta memperketatkan kawalan berrwaspada demi semasa ke semasa. PMRAM juga mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mengambil langkah keselamatan sebaiknya.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 12.14 tengahari

1. Syariat mengkehendaki bahawa bagi seorang hakim yang dipilih mestilah ditetapkan ke atasnya baiat(taat setia) daripada umat Islam dan ketetapan tersebut berlaku melalui baiat yang dibuktikan secara rasmi.

Sebarang penentangan yang berlaku ke atas Dr.Mursi pada hari ini tanpa merujuk kepada rakyat yang telah mengundi beliau merupakan suatu penentangan yang batil menurut perspektif syara’.

2. Pendirian di sebalik prinsip yang asal ini merupakan politik yang disyariatkan, iaitu kewajipan yang dianjurkan oleh Islam,serta taat kepada Allah dan Rasul, oleh itu Hal Ehwal Perundangan Hak Asasi dan Kemaslahatan menyeru kepada semua umat Islam untuk berkumpul di seluruh medan di mesir bagi mempertahankan hak-hak pensyariatan serta hak-hak yang telah digarisi mengikut panduan syariat.

3. Hal Ehwal Perundangan menegaskan bahawa haram menumpahkan darah dan harta tanpa hak bertepatan dengan firman Allah Taala yang bermaksud:

وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَآؤُهُۥ جَهَنَّمُ خَـٰلِدًا فِيهَا وَغَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُۥ وَأَعَدَّ لَهُۥ عَذَابًا عَظِيمًا

“Barangsiapa yang membunuh seorang muslim dengan segaja maka balasannya merupakan neraka jahannam dan dia kekal di dalamnya, dan murka serta laknat Allah ke atasnya, dan dijanjikan baginya azab yang pedih).” [ Surah An-Nisa : 93 ]

4. Hal Ehwal Perundangan menggesa para pengawal dan tentera mesir agar tidak sewenang-wenangnya membunuh saudara-saudara dan keluarga mereka yang terdiri rakyat mesir, kerana mengingatkan kepada sabda Rasulullah SAW:

لا يزال المؤمن في فسحة من دينه ما لم يصب دما حراما

“Tidaklah hilang keimanan seorang mukmin itu dari ruang lingkup agamanya selagimana dia tidak menumpahkan darah secara haram(tanpa hak).”

Semoga Allah memelihara dan menyelamatkan Mesir dari segala keburukan dan musibah.

– Suruhanjaya Hal Ehwal Perundangan Hak Asasi dan Kemaslahatan –

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 11.08 pagi

Suasana terkini di Rabaah Adawiyyah.

PMRAM menasihati ahli agar mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan KBMK. PMRAM juga mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mengambil langkah keselamatan sebaiknya.

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 01.44 pagi

PM Turki Erdorgan: “Kami mengecam rampasan kuasa ke atas Presiden Mesir. Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih oleh rakyat, Dr.Muhammad Mursi.”

 

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 10.29 pagi

Kata Dr.Roghib As-Sarjani ( Tokoh Sejarawan dan Pemikir Islam )

Ummah kini berada dalam keadaan baik dan dengan izin Allah kami sedang menuju ke arah pengukuhan. Sebelum pengukuhan dilakukan tidak boleh tidak perlu melalui pembersihan atau tapisan dan kita sedang berada di dalamnya sekarang. Wajib bagi kita untuk berpegang dengan akidah yang selamat dan berpegang kepada Al-Quran dan Assunnah. Dan berusaha untuk menyatukan barisan, dan bertolak ansur sesama umat Islam serta mendekati mereka. Maka semua usaha ini demi memelihara kita dari sebarang penggulingan.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Surah Al-Maidah : 54)

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 01.30 pagi

Mahkamah Dokki malam ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Perdana Menteri Mesir, Dr.Hisham Qandil dan memecat beliau dari jawatan.

Sumber : Al-Ahram

 

Khamis/ 04 Julai 2013/ 01.12 pagi

Penangkapan pekerja-pekerja stesen televisyen Misr 25, An-Nas, Ar-Rahmah dan Al-Hafiz.

Selain itu juga, larangan diberikan kepada pimpinan gerakan Hamas di Ghazzah dari memasuki bumi Mesir.

 

Rabu/ 03 Julai 2013/ 10.19 malam

Dr.Muhammad Mursi dalam ulasan ringkasnya terhadap pengumuman Ketua Majlis Tentera Abdul Fattah As-Sisi sebentar tadi bahawa tentera telah melakukan tindakan rampasan kuasa dan ianya ditolak sama sekali.

 

Sumber: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Latest Comments

  1. leny August 20, 2013

Leave a Reply