Jerebu: Muar, Ledang Diisytihar Darurat – Terbakor

 

Jerebu: Muar, Ledang Diisytihar Darurat

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor hingga ditarik balik.

Beliau berkata, ia susulan keadaan jerebu yang semakin teruk khususnya di Muar meliputi dua daerah yang berada pada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau ‘emergency’.

“Pengisytiharan darurat bencana jerebu ini tidak membabitkan penguatkuasaan perintah berkurung dan tiada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekarang.

“Bagaimanapun, semua kementerian dan agensi terbabit dalam pengurusan jerebu hendaklah mengatur dan mengambil langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

 

Metro

Loading...

Leave a Reply