Nurul Izzah ditahan imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah – Terbakor

Nurul Izzah dihalang masuk ke Sabah

 

Kami merasakan setiap rakyat Malaysia ada hak untuk melawati setiap negeri dalam Malaysia. Kami tertanya-tanya kenapa YB Nurul Izzah dihalang dari memasuki sabah dan diarah pulang? Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana Nurul Izzah sendiri pergi ke Sabah kerana dijemput untuk meraikan Pesta Keamatan bersama orang Kadazan di sana. Ikuti berita penuh di bawah ini:

 

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ditahan oleh pihak imigresen petang Khamis ketika cuba untuk masuk ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

“Mereka akan hantar saya pulang. Saya sedang berurusan dengan jabatan Ketua Menteri Sabah,” kata beliau dipetik dari laporan The Star Online.

Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking yang sedang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di KKIA menulis di akaun Twitternya mengatakan dia sedang menunggu semakan sama ada Nurul Izzah disenarai hitamkan.

“Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN” tulis Nurul melalui akaun twitter @n_izzah pada kira-kira jam 7.30 petang tadi.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa Darell yang juga anggota Parlimen Penampang dan bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dihalang masuk oleh imigresen Sabah tidak lama selepas insiden Lahad Datu pada bulan Februari.

“Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia,” tambah beliau lagi.

Sumber: The Malaysian Insider 

 

Loading...

Leave a Reply