Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 – Terbakor

 

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

 

Di sini kami akan memberikan sedikit info mengenai jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Kepada calon yang bakal menghadiri temuduga, selamat berjaya kami doakan.

 

 Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 – Terbakor

Pengurusan

 

  1. Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
  2. Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
  3. Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

 

Aspek Pentadbiran Pejabat

 

  1. Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib..
  2. Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk
  3. Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit menysuarat
  4. Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
  5. Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
  6. Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan

 

Hal-Hal Kewangan

  1. Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan
  2. Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois
  3. Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..
  4. Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll..

 

Hal Teknologi Maklumat

i)              Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll

ii)             Penggunaan internet

iii)            Penggunaan aplikasi, system yang berkaitan

 

Itulah antara yang berkaitan dengan tugas penolong pegawai tadbir N27 ini. Sebenarnya, soalan berkaitan dengan jawatan ini tidaklah terlalu banyak. Ini kerana soalan teknikal (berkaitan tugas) penilaiannya lebih kurang (30-40%) sahaja. Lebih kurang 60-70% lagi adalah penilaian yang diberikan oleh panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang meliputi perkara-perkara berikut.

 

i)              Pertuturan – BM dan BI, kelancaran, susunana ayat, dll

ii)             Kejujuran – dari segi usaha, cara menjawab, kesungguhan

iii)            Pengetahuan am dan isu semasa – peka atau tidak

iv)           Isu kenegaraan – isu dipetik dari rukun Negara – tuhan, sultan/raja, dan lain-lain

v)            Kebolehan bekerjasama, bertanggungjawab

vi)           Integriti – contoh kes, maksud, pelaksanaan

vii)          Dll

 

Apapun, buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Penolong Pegawai Tadbir yang bakal anda hadiri.

 

 

Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.

 

Tips saya, untuk membuat persiapan beberapa pendekatan boleh diambil:

 

  1. Cari bahan-bahan rujukan temuduga. Salah satunya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
  2. Cuba tanya rakan-rakan yang pernah hadiri temuduga kerja tersebut.
  3. Cuba search di google berkenaan jawatan tersebut.
  4. Dan boleh juga layari perkongsian di blog ->  http://bit.ly/13qIrI0
  5. Berbincang di ruangan komen di post ini

 

Bahan rujukan yang boleh dirujuk

 

Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam

i.          Arahan Keselamatan

ii.         Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

iii.        Perintah-Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan

iv.        Peraturan Kewangan dan Perakaunan

v.         Panduan dan Tuntutan Perjalanan, Kursus dan Perpindahan

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

i.           PKPA Bil. 4/91

Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

ii.          PKPA Bil. 6/91

Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

iii.         PKPA Bil. 7/91

Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

iv.         PKPA Bil. 8/91

Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja

v.         PKPA Bil. 1/92

Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi Perkhidmatan Awam

vi.         PKPA Bil. 4/92

Pengendalian Pengaduan Awam

vii.        PKPA Bil. 3/93

Panduan Mengenai Piagam Pelanggan

viii.       PKPA Bil. 2/96

Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam

ix.         PKPA Bil. 1/97

Panduan Pelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Persijilan Sistem Kualiti oleh Agensi Kerajaan

xii.        PKPA yang lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa

 

 

Apa komen anda?