BN Timbang Cadangan Tukar Nama Kepada Parti 1Malaysia? – Terbakor

 

BN Timbang Cadangan Tukar Nama Kepada Parti 1Malaysia?

 

Parti komponen Barisan Nasional sedang menimbang cadangan untuk menukar nama parti itu sebagai sebahagian daripada proses evolusi selari dengan perkembangan semasa, antara nama yang sedang dipertimbangkan ialah Parti 1Malaysia.

Menurut sumber, ia bagi membolehkan keahlian secara terus bagi mengekalkan parti komponen yang telah dibentuk sejak 1973.

 

p/s : Wah tukar nama!

BN Timbang Cadangan Tukar Nama Kepada Parti 1Malaysia? - Terbakor

BN adalah pengganti kepada Parti Perikatan terdiri daripada Umno, MCA dan MIC yang merupakan tiga parti komponen utama gabungan itu.

Ia telah ditubuhkan pada 1951 dan didaftarkan pada 1957.

Perubahan itu bakal membawa evolusi kepada BN secara keseluruhan daripada sebuah parti komponen berasaskan kaum kepada satu parti pemerintah.

Menurut sumber, Umno telah berjaya mengembalikan kenyakinan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila memenangi 88 berbanding 79 kerusi pada 2008, namun parti komponen lain seperti MCA, Gerakan dan PPP tidak mencatatkan keputusan yang baik.

MCA hanya meraih tujuh kerusi pada PRU-13 berbanding 15 kerusi pada 2008.

PPP turut mencatatkan pencapaian yang lemah, dengan tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen serta tidak berjaya menebus kembali kerusi yang mereka tewas pada 2008.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beberapa nama telah dicadangkan setakat ini.

“Parti 1Malaysia, Barisan Baru, 1Barisan Malaysia dan Organinasi Rakyat Malaysia Kebangsaan,” katanya kepada The Star.

Bagaiamanapun, beliau menafikan sebarang yang disenaraikan itu nama telah dipilih.

Beliau berkata satu kajian mendalam akan dilaksanakan bagi memastikan bahawa mengubah struktur asas parti ialah satu cadangan yang munasabah sebelum isu menukar nama baru parti itu akan diatasi.

 

Mstar

 

Loading...

Latest Comments

  1. Marasad Adat May 25, 2013

Leave a Reply