Lelaki Dituduh Rogol Gadis 13 Tahun Jadikan ‘Perkahwinan’ Elak Dijatuhkan Hukuman – Terbakor

 

Lelaki Dituduh Rogol Gadis 13 Tahun Jadikan ‘Perkahwinan’ Elak Dijatuhkan Hukuman

 

Dia didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 13 tahun dan melihat perkara itu sebagai tidak salah.

Riduan Masmud, 40 tahun yang mengejutkan negara selepas didakwa merogol kanak-kanak dan kemudian mengisytiharkan bahawa dia telah berkahwin ketika perbicaraan kes telah membuat pengakuan buat pertama kali mengapa dia memutuskan untuk mengambil gadis itu sebagai isteri kedua.

 

p/s : Alasan yang dia bagi sangat bangang. Maaf kalau kasar bahasa ya. Tapi memang jantan jenis gini tak guna. Ada anak yg lebih tua dari si mangsa. Sanggup guna alasan tak salah kahwin dengan budak bawah umur. 

 

Pengurus restoran ini mempertahankan tindakannya sambil berkata ia merupakan kes ‘Suka Sama Suka’ sambil menambah bahawa ia boleh diterima di bawah undang-undang Syariah.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada gadis itu bertemu Riduan ketika di sekolah atau sama ada dia telah bekerja dengannya. Gadis itu berasal dari keluarga yang sangat miskin.

Ketika kes rogol ini disebut di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Riduan memberitahu pemberita bahawa dia telah mengenali gadis itu selama kira-kira enam bulan dan merasakan dia mempunyai hak (untuk berkahwin dengan gadis bawah umur).

“Terdapat banyak kes lelaki berkahwin dengan gadis bawah umur. Saya tidak nampak mengapa kes saya ada perbezaan,” kata bapa kepada empat orang anak yang berusia antara dua dan 17 tahun.

Dia bagaimanapun enggan menyatakan sama ada terdapat mana-mana daripada anaknya itu adalah perempuan.

Riduan berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah selepas Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khatom Abd Samad menetapkan 1 hingga 4 Julai untuk pendengaran kes itu.

Hakim Ummu Khatom memberikan sehingga 6 Jun kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kes itu.

Riduan didakwa pada 28 Februari di atas kesalahan merogol gadis di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Inanam, dekat sini pada pukul 10 pagi, 18 Februari.

 

-Mstar-

Loading...

Leave a Reply