Dipijak Muka, Dicucuh Rokok Sampai Mati Oleh Suami Kerana Enggan Rujuk – Terbakor

Dipijak Muka, Dicucuh Rokok Sampai Mati Oleh Suami Kerana Enggan Rujuk

 

Dipijak di muka dan dicucuh dengan api rokok hingga mati. Begitulah nasib malang menimpa seorang ibu kepada empat anak, termasuk seorang kelainan upaya, di Kampung Bahagia, Jalan Puchong, di sini, kelmarin.

Lebih memilukan, wanita itu, Nurhidayah A Ghani, 29, dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suaminya berusia 39 tahun yang dikahwini 11 tahun lalu.

p/s : Itulah dia wanita..lembut hati memaafkan suami kaki pukul..akhirnya membawa kepada maut!

 

 Dipijak Muka, Dicucuh Rokok Sampai Mati Oleh Suami Kerana Enggan Rujuk - Terbakor

 

Menceritakan kejadian itu, kakak mangsa, Ummi Kalsom berkata, adiknya menerima nasib malang selepas melahirkan anak sulung yang kini berusia 10 tahun dan kurang upaya.

“Keadaan anak sulung mereka bukan penyebab utama arwah dibelasah, namun tabiat suaminya yang ketagih dadah dan arak selain panas baran menyebabkan adik saya menjadi mangsa belasahannya.

“Arwah sering melarikan diri ke rumah keluarga di Kampung Muhibah, Jalan Puchong, namun suaminya pandai memujuk dan membawanya pulang ke rumah” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.

 
-Metro-

 

Loading...

Leave a Reply