Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruaudit W27 – Terbakor

 

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruaudit W27 

 

Peperiksaan Penolong Juruaudit W27 akan diadakan pada 18 Mei ini. Tidak lama lagi, Jadi kepada calon yang terpilih tahniah kami ucapkan. Di sini kami ingin berkongsi sedikit contoh mengenai soalan peperiksaan yang bakal keluar. Study elok elok ye. :)

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruaudit W27 - Terbakor

Peperiksaan ini terdiri daripada :
BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN
Bahagian I (Kecenderungan) dibahagikan kepada dua seksyen iaitu:
(i) Seksyen A – Pengetahuan Am
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara
yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui
secara umum mengenai pengauditan, ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi
maklumat, pentadbiran kerajaan, sosial dan lain-lain perkembangan semasa.

 

Contoh soalan pengetahuan am

1. Jabatan Audit Negara ialah sebuah jabatan di bawah
A Jabatan Perdana Menteri.
B Jabatan Perkhidmatan Awam.
C Kementerian Kewangan Malaysia.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan.
Jawapan : A

2. Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali
A KPMG.
B Lloyds.
C Ernst & Young.
D PricewaterhouseCoopers.
Jawapan : B

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan
item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik Menggunakan ;
(ii) Kemahiran Menginterpretasi data; dan
(iii) Konsep Matematik.
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih
jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Download Panduan Peperiksaan Penolong Juruaudit Gred W27 di sini!

 ↓

http://on.fb.me/ZGgs9J

 Atau

http://bit.ly/18rkFRD

 Isikan nama dan email, lepas tu klik Submit.

Selepas submit, cek email anda dan klik link pengesahan email. Selepas itu baru link download akan dihantar secara auto ke email anda :)

Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan
calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi
memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif
untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan
untuk berfikir secara kuantitatif.

 

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
1. Hitungkan jumlah bagi nilai digit angka 6 dan 9 dalam nombor 56 789.
A 609
B 6009
C 6090
D 60 009
Jawapan : B
2. Yang manakah tidak benar?
A 1/8 = 0.8
B 3/5 = 0.6
C 2/10 = 0.2
D 11/10 = 1.1
Jawapan : A

 

Apa komen anda?