Maut Ditikam Sahabat Sendiri Kerana Enggan Berhenti Kerja – Terbakor

 

Maut Ditikam Sahabat Sendiri Kerana Enggan Berhenti Kerja 

 

Hanya kerana enggan mengikut jejaknya berhenti kerja, seorang lelaki tergamak menikam sahabatnya sendiri selepas berlaku pertengkaran di bilik sewa mereka, di SS15/4B, dekat sini petang kelmarin.

Difahamkan, mangsa dan suspek baru tiga hari bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan penghawa dingin yang terletak berhampiran rumah dihuni mereka.

 

p/s : Haiya, kes macam ni pelik, tapi selalu ada!

 

 Maut Ditikam Sahabat Sendiri Kerana Enggan Berhenti Kerja - Terbakor

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, Balai Polis Subang Jaya menerima panggilan kira-kira jam 2.10 petang daripada pemilik rumah berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan polis kemudian dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki Myanmar terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Jelasnya, kejadian berlaku di tingkat satu bangunan tiga tingkat yang mempunyai lapan bilik. Premis terbabit diubahsuai dan disewakan kepada 13 pekerja warga asing lain termasuk mangsa dan suspek.

Yahaya berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa Aye Chan Aung, 24 pemegang kad UNHCR ditikam di dada sebelah kanan.

Tiada kesan pergelutan ditemui di tempat mayat mangsa ditemui.

Namun katanya, sebilah pisau bersaiz enam inci dipercayai digunakan ketika kejadian ditemui di longkang berdekatan tangga premis terbabit. Masih terdapat kesan darah dan kesan luka mangsa didapati sama dengan lebar mata pisau itu.

Polis percaya suspek adalah rakan sebilik mangsa tetapi melarikan diri selepas menikam rakannya.

“Mereka berdua baru tiga hari bekerja di syarikat itu, suspek dikatakan mengajak mangsa berhenti kerja tetapi mangsa enggan.

“Mangsa mungkin dibunuh selepas berlaku pertelingkahan awal pagi kelmarin berdasarkan keadaan mayat dan darah yang sudah kering,” katanya.

Beliau berkata, kali terakhir mangsa dilihat bersama suspek petang Khamis lalu ketika kedua-duanya mengambil gaji daripada majikan mereka.

 

-Sinar- 

Loading...

Leave a Reply