Najib Razak: Hukum pembangkang pada PRU-13 – Terbakor

Najib Razak: Hukum pembangkang pada PRU-13 

 

Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini sebagai hari bersejarah menghukum pakatan pembangkang yang menuduh pencerobohan pengganas baru-baru ini di Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan.

 

p/s : Hoho… macam biasa, wait and see..

 

 Najib Razak: Hukum pembangkang pada PRU-13 - Terbakor

Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia melakukan apa saja demi mempertahankan negara, termasuk Sabah daripada pencerobohan pengganas. 

Katanya, tiada nikmat lebih besar daripada keamanan serta kedaulatan dan sebab itulah rakyat perlu sedar hanya BN mampu mempertahankan kedaulatan, kestabilan, keamanan dan maruah negara. 

Dia (pemimpin pembangkang) mengadakan perjumpaan dengan pemimpin tertentu di negara jiran yang menimbulkan kesangsian kerana kemaruk kuasa untuk jadi Perdana Menteri. 

Sebab itulah saya mahu rakyat nyatakan pada 5 Mei (hari pengundian) bahawa masyarakat berbilang kaum di Sabah menolak pembangkang demi mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan dan maruah negeri, katanya ketika merasmikan program jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat di sini, semalam. 

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; calon BN Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun; calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu, Limus Jury dan calon BN DUN Klias, Isnin Aliasnih. 

Rakyat usah terpengaruh 
Najib juga berkata, rakyat tidak seharusnya terpengaruh dengan reformasi dilaungkan pembangkang kerana bagi mereka ia adalah demonstrasi yang tidak menguntungkan sesiapa. 

Beliau berkata, ini berbeza dengan BN yang melakukan pelbagai transformasi untuk kesejahteraan rakyat sehingga kadar kemiskinan di Sabah berjaya dikurangkan mendadak iaitu 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun ini. 

Saya yakin ia akan berkurangan kepada tiga peratus dalam tempoh lima tahun akan datang dengan syarat BN terus diberi mandat. Ia adalah pencapaian terbaik di negara ini dan akan dimasukkan dalam kad laporan kemajuan kerajaan negeri, katanya. 

Perdana Menteri meminta pengundi Beaufort menghukum pemimpin yang mengkhianati perjuangan parti seperti dilakukan bekas Ahli Parlimennya, Datuk Lajim Ukin. 

Katanya, sejarah membuktikan bukan individu yang penting dalam sesebuah parti, sebaliknya kelangsungan perjuangan untuk kemajuan negara. 

Sejarah membuktikan pemimpin terulung yang mengkhianati parti akan dihukum oleh rakyat apabila meninggalkan UMNO, apatah lagi Lajim yang bukan pemimpin besar, pasti dihukum rakyat Beaufort, katanya.

 

-Bharian-

Loading...

Leave a Reply