Zain Saidin Buat Perangai Dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2? – Terbakor

 

Zain Saidin Buat Perangai Dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2? 

 

Penglibatan pasangan selebriti Zain Saidin dan kekasihnya Rozita Che Wan memang menjadi perbualan hangat buat para peminat siri Masterchef Selebriti Malaysia musim 2. Satu lagi kontroversi hangat melanda apabila Zain Saidin tiba tiba meninggalkan dapur MSM2. Kemudian di Metro Ahad yang lepas, Chef Jo mendedahkan karakter sebenar Zain Saidin di dapur. 

 

 Zain Saidin Buat Perangai Dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2? - Terbakor

Satu sikapnya yang saya perhatikan, apa saja orang cakap, semuanya tidak betul. Saya dikhabarkan, orang produksi turut dimarahinya apabila meminta dia menyalin resepi yang dimasak. Sepanjang terbabit dalam rancangan ini, saya nampak setiap kali apabila ke dapur MCSM2, dia akan ambil epal walaupun ia tidak digunakan dalam resipi. Dia akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja ambil susu di dapur dan minum dan bukan digunakan untuk memasak.

Malah menurut Chef Jo, ada juga kelakuan Zain seperti sengaja mencabar tahap kesabaran barisan juri. Contohnya, apabila Chef Zubir bercakap memberi arahan atau penerangan, dia akan memotong dan memberi alasan. Tambah Chef Jo lagi:-

Pada saya, Zain cuba menunjukkan satu karakter. Benar seperti apa moto digunakan musim ini, bila dapur panas, watal lain jadi jelas. Sikap ditunjukkan Zain dalam MCSM2 dibimbangi akan beri impak buruk kepada dirinya kerana remaja di luar memandang tinggi keperibadiannya sebagai guru di dalam Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti masakan ini.

 

Beautifulnara

 

Apa komen anda?
Ray Stylo says:

zain saidin kurang ajar.. lpas ni jatuhlah rating dia.. padan muka.. chef2 sume tu dah 4 episod dah.. lg byk mkn garam dri dia.. dia kne byk belajar.. jgn bajet sgt lah selebriti dia tu.. x kemane beb..

DETECTIVE CONAN says:

saya "SOKONG" komen zain dlm masterchef…walaupun percakapan zain kurang mnyenangkan,tapi komen yg dia berikan ada bernasnya…o.0

MC 2 says:

komen mengenai sesuatu bukan kepakaran dia akan menunjukkan tahap IQ seseorang. Pandangan dan perasaan hormat kepada orang yang lebih berilmu perlu ada. Lebih2 lagi orang yang lebih tua.. Bagi saya komen zain pada malam itu takde isi dan segala secara tidak langsung menunjukkan kedangkalan akal dia..

rawk says:

saya sokong apa zain ckp..memangg betul..chef xadil ada kalanyaa laa..bukan nak komen lebih2kan..
perhatikn laa.bukan zain saidin nak kuang ajar..dia menegakkan keadilan…kita kena adil laa..so renung2kan laa :)

faz says:

perangai ayam muda nek ta….