Lelaki Tipu Bakal Mertua Dakwa Saudara Timbalan Ketua Polis Selangor – Terbakor

 

Lelaki Tipu Bakal Mertua Dakwa Saudara Timbalan Ketua Polis Selangor 

 

Demi mengambil hati keluarga ‘bakal mentua’ seorang lelaki sanggup menipu bagi membantu adik perempuan teman wanitanya mendapatkan pekerjaan sebagai konstabel dalam kejadian di Taman Lawan Kuda Bharu, Gopeng, dekat sini.

 

p/s : Nak ambil hati mertua bukan dengan cara menipu ye..

Lelaki Tipu Bakal Mertua Dakwa Saudara Timbalan Ketua Polis Selangor - Terbakor

 

Suspek berusia 35 tahun itu, memberitahu mangsa berusia 18 tahun yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia menerima surat tawaran kemasukan polis konstabel wanita pada jam 2 petang, 8 Januari lalu.

Difahamkan, suspek terbabit dalam usaha mengahwini kakak mangsa dan cuba meyakinkannya dengan mendakwa dia adalah anak saudara kepada Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Negeri, Superintendan Maszely Minhad berkata, melalui dakwaan itu, suspek  menyatakan dia mampu membantu mangsa mendapatkan pekerjaan sebagai polis.

Menurutnya, suspek juga dikatakan membantu mangsa mengisi borang permohonan polis secara manual dan menyerahkan salinan kepada mangsa namun borang asal dikoyak dan dibuang lelaki itu.

“Selepas dua minggu, suspek membawa surat tawaran dan memberitahu mangsa layak menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan.

“Malah, surat bertarikh 18 Mac itu didakwa lengkap dengan tandatangan Ketua Penolong Pengarah Latihan, Datuk A Paramasivam yang sebenarnya memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Perak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, semalam.

Kata beliau, berikutan itu, suspek membawa mangsa bersama ibunya ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zon Selatan, Bakri Muar, Johor sebelum memaklumkan mangsa gagal ujian kesihatan.

Jelasnya, mangsa yang mempercayainya  membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Maharani, Muar sebelum singgah ke rumah ibu saudaranya di Ampang, Selangor.

“Ibu saudara mangsa kemudian melihat surat tawaran kemasukan polis dan berasa sangsi akan kesahihannya.

“Justeru, mangsa bersama ibu saudaranya pergi ke IPK Selangor serta berjumpa sendiri dengan Thaiveegan. Seperti yang dijangkakan, surat tersebut adalah palsu dan mereka bertindak membuat laporan polis pada 5 April lalu,” katanya.

Beliau berkata, pada 9 April lalu, lebih kurang jam 11.30 pagi di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur, sepasukan pegawai dari JSJK Perak berjaya menahan suspek.

 

-Sinar

 

Loading...

Latest Comments

  1. lekatlekitstory April 19, 2013

Leave a Reply