‘Susahnya minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat!’ – Terbakor

‘Susahnya minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat!’

 

Entah apa silapnya, sudah tiga kali membuat permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun sehingga kini belum berjaya.

Itu nasib dialami seorang penarik beca, Mohd Taib Mohd Yunus, 48, yang kecewa kerana cubaannya untuk mendapat bantuan JKM tidak diterima walaupun keadaan kesihatan tidak sempurna.

 

p/s : Pihak berwajib sila pantau.

 

 'Susahnya minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat!' - Terbakor

“Saya memohon bantuan ini sejak pertengahan tahun lalu, namun sehingga kini permohonan saya masih ditolak. bantuan ini sangat bermakna untuk saya memandangkan keadaan fizikal yang semakin tidak berdaya kerana mengidap asma yang kronik,” katanya.

Mohd Taib berkata, sepanjang tempoh permohonan itu, dia hanya diberikan kesempatan menjalani sesi temuduga sekali sahaja pada Januari lalu.

“Sewaktu temuduga berkenaan, saya terlupa untuk memaklumkan yang saya menetap di rumah pusaka milik keluarga dan disebabkan itu permohonan saya ditolak sekali lagi.

“Saya amat berharap pihak berkenaan supaya mempertimbangkan semula permohonan saya ini,” kata bapa tunggal kepada dua anak yang masih belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kelantan dan sebuah sekolah asrama penuh di Johor itu.

Bukan saja Mohd Taib, masalah turut dihadapi seorang lelaki kurang upaya (OKU) dari Tengkera Pantai 2, yang turut memohon jasa baik JKM mempertimbangkan semula permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan bulanan.

Chiang Hoong Kei, 58, berkata dia hanya sempat menerima bantuan berkenaan sekali sahaja sebelum dihentikan tahun lalu tanpa notis.

“Saya mula memohon bantuan berkenaan pada Februari tahun lalu dan selepas itu pihak JKM memaklumkan kepada keluarga bahawa saya menerima bantuan am sebanyak RM190 setiap bulan.

Namun,  saya tidak menyangka ianya hanya sebulan sahaja.

“Bila ditanya, alasan JKM, abang saya juga terima bantuan sama dan gunakan alamat sama, padahal dia tidak pernah menetap di sini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Sementara ibu tunggal, Che Nah Yusof, 55, pula berkata, dia pernah memohon bantuan berkenaan pada November tahun lalu, namun permohonannya ditolak.

“Selepas kematian suami pada hujung tahun lalu, kehidupan saya semakin payah apabila perlu bergantung sepenuhnya pada pendapatan anak saya yang bekerja sebagai penarik beca.

“Hanya dengan pendapatan itulah, kami menjelaskan sewa rumah sebanyak RM300 sebulan selain perlu menyara anak bongsu saya yang berumur 11 tahun dan masih bersekolah,” katanya.

Meskipun dia mempunyai lima orang anak, namun katanya, tiga darinya sudah berkeluarga dan tidak menetap sama.

 

-Sinar- 

Loading...

Leave a Reply