Suami ugut bunuh majikan isteri kerana beri gaji murah – Terbakor

 

Suami ugut bunuh majikan isteri kerana beri gaji murah 

 

Seorang majikan wanita menerima ugutan bunuh daripada suami seorang pekerjanya yang dipercayai tidak berpuas hati mengenai gaji bulanan yang dibayar kepada pekerjanya itu. 

Dalam kejadian di Kampung Batu Enam, Chendering, di sini, jam 6 petang, Ahad lalu, mangsa berusia 26 tahun berada di rumahnya sebelum didatangi suspek berusia 30-an dalam keadaan marah dan menghamburkan kata kesat terhadap mangsa.

 

p/s : Carik keje lain la…

 Suami ugut bunuh majikan isteri kerana beri gaji murah - Terbakor

Sumber berkata, suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan membayar gaji murah kepada isterinya iaitu RM35 sehari yang dianggap tidak setimpal dengan bebanan kerja diberikan. 

Ugut bunuh, buat kacau 

“Dalam pertemuan itu, suspek meminta mangsa mempertimbangkan semula gaji yang sewajarnya dibayar kepada isterinya. 

“Pada masa sama, suspek turut mengugut akan membunuh dan membuat kacau jika mangsa tidak mengendahkan permintaannya yang kononnya mewakili isterinya itu sebelum beredar meninggalkan rumah mangsa,” katanya.

 

-Bharian-

Loading...

Leave a Reply