PM: Internet Percuma Untuk Rakyat Miskin Bagi 30 Minit Pertama Penggunaan – Terbakor

 

PM: Internet Percuma Untuk Rakyat Miskin Bagi 30 Minit Pertama Penggunaan 

 

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian perkhidmatan internet secara percuma kepada warga miskin di bandar dan luar bandar bagi penggunaan untuk tempoh 30 minit pertama.

Jelas Perdana Menteri, bagaimanapun butiran lanjut tentang perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam masa terdekat.

 

p/s : Alhamdulillah, syukur…

 

PM: Internet Percuma Untuk Rakyat Miskin Bagi 30 Minit Pertama Penggunaan - Terbakor

Bercakap sempena lawatan kerja dan sesi ramah mesra bersama warga Telekom Malaysia Bhd. (TM) di Menara TM di sini hari ini, beliau turut mengumumkan pemberian wang sagu hati sebanyak RM500 kepada warga syarikat telekomunikasi berkenaan.

Menurutnya, bayaran secara ‘one-off’ itu akan dibuat pihak pengurusan TM kepada petugas tetap, kontrak dan kakitangan yang dipinjam sebelum cuti persekolahan 25 Mac ini.

”Sumbangan ini sebagai menghargai bakti, sumbangan, komitmen dan kesetiaan warga TM. Ini memberikan makna jelas bahawa kemakmuran negara kita dikongsi bersama. Negara ditadbir baik, negara makmur, kemakmuran itu dikongsi bersama.

”Begitu juga dengan TM, keuntungan syarikat dikongsi bersama. Untuk komuniti pula, kita mengambil langkah memberikan perkhidmatan internet percuma kepada warga miskin di kampung dan bandar bagi tempoh setengah jam pertama,” katanya.

Yang turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Pengerusi TM, Datuk Seri Dr. Halim Shafie; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Majlis ramah mesra itu disiarkan secara langsung di pejabat-pejabat TM seluruh negara menerusi sidang video.

Najib berkata, melihat perkembangan TM ketika ini, syarikat telekomunikasi itu mencapai tahap membanggakan terutama dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB).

”Bukan sahaja mencapai sasaran tetapi melebihi daripada yang ditetapkan apabila kira-kira 1.377 juta premis telah disambung dengan HSBB. Pelanggannya pula adalah yang tertinggi di rantau Asia ini.

”Secara kebetulan, hampir genap tiga tahun usia HSSB sejak saya lancarkan dahulu. Peruntukan besar disediakan iaitu RM11.2 bilion untuk tempoh 10 tahun dan sumbangan kerajaan RM2.4 bilion daripada jumlah itu. Waktu itu, saya yakin dengan kewibawaan dan profesionalisme TM,” ujarnya.

Selain HSBB, beliau juga berbangga dengan perkembangan-perkembangan lain TM yang kini memiliki sebuah universiti dan telah melahirkan 46,000 graduan.

Dalam ucapannya itu, beliau turut mengimbau karier politiknya dalam kerajaan yang bermula dengan pelantikan sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.

Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Najib menyaksikan penyerahan sumbangan TM sebanyak RM100,000 untuk Tabung Amanah Perwira Negara manakala RM100,000 lagi kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia sebagai tanda sokongan kepada pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

-Utusan-

 

 

Latest Comments

  1. lekatlekitstory March 20, 2013

Leave a Reply