Dituduh curi pisang, pemandu lori maut dibelasah – Terbakor

Dituduh curi pisang, pemandu lori maut dibelasah

 

Gara-gara dituduh mencuri pisang, seorang pemandu lori maut dibelasah oleh beberapa lelaki di Kampung Rahmat Luar, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Mohd. Khairul Azman Mohd. Shaufi, 37, parah di kepala selepas dibelasah secara bergilir-gilir menggunakan kayu oleh empat lelaki sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Jeli pada pukul 11.50 malam.

Dituduh curi pisang, pemandu lori maut dibelasah - Terbakor

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan empat suspek lelaki berusia 28 hingga 37 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, pada kira-kira pukul 6 petang, seorang suspek mendakwa telah melihat mangsa sedang memikul guni berisi pisang yang dicuri di kebun milik bapa saudara salah seorang rakan di Kampung Jakar, terletak kira-kira tiga kilometer dari Kampung Rahmat Luar.

 

-Utusan- 

Loading...

Leave a Reply