Fizz Fairuz Bertunang: Almy Nadia Luah Perasaan, Hanya Allah Yang Faham – Terbakor

 

Fizz Fairuz Bertunang: Almy Nadia Luah Perasaan, Hanya Allah Yang Faham 

 

Pada 10 Februari lepas, Fizz Fairuz telah bertunang dengan seorang gadis dari Kuantan, Pahang yang juga ahli kelab peminatnya, Azlyn Massiela Mohd Nazar. Ini adalah suatu berita yang mengejutkan kerana sebelum ini umum mengetahui tentang hubungan Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Setelah kemenangan Fizz Fairuz dalam Anugerah Bintang Popular yang lepas, aktor itu ada meluahkan hasrat ingin mengahwini Almy Nadia. 

 

 Fizz Fairuz Bertunang: Almy Nadia Luah Perasaan, Hanya Allah Yang Faham - Terbakor

Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu.Hanya satu mampu diucapkan, ‘pulang paku ke buah keras’. Fikirkan.

Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia bertunang dan kami berpisah.

Almy enggan membuka mulut selagi Fizz belum memberi kenyataan tentang pertunangannya itu. Almy juga menafikan dia mempunyai orang lain yang menyebabkan Fizz membuat keputusan bertunang secara diam-diam.

 

Almy juga dikatakan menyifatkan hubungan mereka putus kerana dia (Almy) bukan orang kaya.

Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.

Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya.

 Buat masa ini saya mahu berdiam diri, tiada sesiapa yang memahami melainkan Allah.

 

-Beautifulnara-

 

 

Loading...

Latest Comments

  1. Kamariah Kama Mohd February 14, 2013
  2. Pak Dolah February 20, 2013

Leave a Reply