Shila Amzah Bawa Diri,Luah Perasaan Enggan Lagi Dikongkong – Terbakor

 

Shila Amzah Bawa Diri,Luah Perasaan Enggan Lagi Dikongkong 

 

Kontroversi melibatkan Sharnaaz Ahmad dan ND Lala membuatkan penyanyi Shila Amzah meluahkan perasaannya tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.

Shila menerusi laman Twitter miliknya berkata, walaupun keluarga menjadi keutamaannya, namun pada masa sama dia mahu diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri.

 

p.s : Hanya Shila yang tahu siapa ibu bapanya, dan siapa Sharnaaz.

 

 Shila Amzah Bawa Diri,Luah Perasaan Enggan Lagi Dikongkong - Terbakor

“Ya, keluarga didahulukan, tetapi pada masa sama saya ingin peluang untuk membuat keputusan sendiri juga. Saya tidak mahu terlalu dikongkong lagi. Biarlah saya menjadi diri sendiri,” katanya dalam Twitter miliknya, Rabu.

Tambah Shila, dia kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Shila Amzah Bawa Diri,Luah Perasaan Enggan Lagi Dikongkong - Terbakor

 

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

Pada malam Selasa, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.

Dalam kemas kini terbaharu Twitternya, Shila turut berjanji untuk menjadi teman hidup Sharnaaz serta anak yang baik sekiranya kedua-dua lelaki yang disayanginya itu tidak bersengketa lagi.

“Jika abang (Sharnaaz) dan abah berbaik, saya berjanji akan menjadi teman hidup abang dan anak abah yang terbaik di dunia. Insya-Allah.

“Saya harap sangat untuk abang dan abah berdamai. Saya tidak mahu hilang dua-dua,” tuturnya. Jom baca luahan hati Shila ini :-

“Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.

Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.

Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.

Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.

Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan’lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkan’lah.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.

Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.”

mStar

 

-Harian Metro Online-

Artikel berkaitan :

Sharnaaz: Saya Kongkong Shila Kerana Dia Bakal Isteri – Terbakor

ND Lala: Shaarnaz Biadap Hormati Kami Sebagai Ibu Bapa Shila! – Terbakor

Sharnaaz: Saya Nak Kahwin Dengan Shila, Bukan Bapanya – Terbakor

Ustaz Tuan Asmawi: Sharnaaz, Nak ‘Ambil Bunga, Jangan Tebang Pokoknya’ – Terbakor

Shila Amzah Mohon Maaf Isu Perbalahan Sharnaaz Dan ND Lala – Terbakor

Sharnaaz: Hak Bersuara Adalah Hak Shila, Bukan Ibu Bapanya – Terbakor

 

 

 

Loading...

Leave a Reply