Pengorbanan Remaja 14 Tahun Jaga Ibu Tubuh Berulat, Abang Buta – Terbakor

 

Pengorbanan Remaja 14 Tahun Jaga Ibu Tubuh Berulat, Abang Buta 

 

Akibat terlalu lama terlantar di tempat tidur disebabkan penyakit reput tulang, hidup seorang ibu tunggal cacat penglihatan dan miskin semakin sengsara apabila seluruh tubuhnya kini bernanah manakala tengkuk dan punggung mula berulat. Ya Allah simpatinya. Takde ke mana mana pihak yang sudi tolong keluarga ni?

 

 Pengorbanan Remaja 14 Tahun Jaga Ibu Tubuh Berulat, Abang Buta - Terbakor

Rabiah Baser, 56, yang tinggal di Flet Simpang Kuala, di sini, hanya terbaring sejak terjatuh di rumahnya pada November tahun lalu dan dia kini dijaga anak bongsunya, Mohd Ikhlas Yahya, 14.

 

Lebih menyedihkan, remaja itu juga menguruskan abangnya yang juga buta, Mohd Asyid Abu Bakar, 20, dan beban yang ditanggung memaksanya berhenti sekolah.

Rabiah berkata, kesempitan hidup, kecacatan dan penyakit dialaminya menyebabkan dia tidak mampu bekerja untuk menampung kehidupan serta menguruskan keluarga.

 

“Saya bernasib baik kerana mempunyai jiran yang menghantar bubur nasi untuk makanan harian dan saya bersyukur kerana anak bongsu sabar serta tabah menjaga saya,” katanya.

-Metro-

 

Loading...

Latest Comments

  1. NAJWA LATIF February 7, 2013
  2. nur syuhada February 11, 2013

Leave a Reply