Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Dihempap Televisyen – Terbakor

 

Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Dihempap Televisyen 

 

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas set televisyen berukuran 29 inci jatuh menghempapnya di rumahnya di Teluk Chengai, Kuala Kedah. Innalillah..takziah..

 

Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Dihempap Televisyen - Terbakor

Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan dipercayai menggerakkan sebuah rak logam yang mengakibatkan televisyen itu jatuh menghempapnya.

Ayahnya, Lazzuan Ishak, 37, pemandu bas, berkata, dia ketika itu baru hendak mandi apabila mendengar satu bunyi jatuh yang kuat dari arah ruang tamu.

“Saya bergegas ke ruang tamu di mana menjumpai anak lelaki saya dihempap dengan televisyen itu dengan rak logam di sebelahnya.

“Ibu saya, Eshah Abdullah yang berusia 70 tahun bersama dengan anak saya tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana insiden berlaku begitu pantas.

“Apabila saya mendengar bunyi jatuh berdebap yang kuat, saya dapat mengagak televisyen itu jatuh dari rak itu, tetapi tidak dapat membayangkan ia menghempap anak saya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Selasa.

Lazzuan berkata, dia melihat kepala anak lelakinya itu berdarah, dan bersama-sama dengan abangnya, yang turut berada ketika itu, mengangkat televisyen itu.

Dia menambah, mereka bergegas membawa Luqhman ke hospital swasta berdekatan, tetapi kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia.

“Insiden itu berlaku pada pukul 10 malam pada Isnin sejurus selepas isteri saya, Waidah Kasim, 26, dan saya pulang ke rumah dari makan malam bersama anak lelaki kami.

“Isteri saya ke bilik tidur untuk menunaikan solat Isyak manakala saya menjaga satu-satunya anak lelaki kami. Selepas menonton televisyen bersamanya selama kira-kira 30 minit, saya pergi mandi,” katanya.

Lazzuan berkata, anak lelakinya merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan kadang-kadang akan menggerakkan rak logam itu, sambil menambah sudah beberapa kali dia memarahi anaknya kerana melakukan perkara itu tetapi kerana masih kecil, anaknya tidak mendengar teguran.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

 

-Mstar-

 

Apa komen anda?