Ceramah Terbaru Sharifah Zohra Jabeen Dibatalkan – Terbakor

Ceramah Terbaru Sharifah Zohra Jabeen Dibatalkan

 

Ceramah akan datang yang akan menampilkan penceramah kontroversi Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, bertajuk “How To Make Your First Million” telah dibatalkan, kata penganjur. Hehe, takut terjadinya demonstrasi bantahan di hadapan tempat terbabit katanya. 

Ceramah Terbaru Sharifah Zohra Jabeen Dibatalkan - Terbakor

Sharifah Zohra menjadi perhatian awal minggu ini selepas video beliau berkeras dengan seorang pelajar tahun kedua jurusan undang-undang semasa forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) tersebar di Facebook dan lain-lain rangkaian media sosial.

Penganjur Lina Ahmad berkata polis telah memberi cadangan supaya ceramah tersebut dibatalkan, selepas terdapat beberapa rancangan mengadakan protes terhadap Sharifah di luar venue, di Kuala Lumpur pada 26 Januari ini.

“Jawatankuasa membincangkan pro dan kontra, dan memutuskan jalan terbaik ialah membatalkannya,” kata Lina, yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

 

-Mstar-

 

 

Loading...

Leave a Reply