Pengguna Facebook perlu bayar hantar mesej? – Terbakor

 

Pengguna Facebook perlu bayar hantar mesej? 

 

Rangkaian laman sosial Facebook kini menguji satu sistem yang mengenakan bayaran kepada pengguna untuk menghantar mesej kepada mereka yang bukan dalam kelompok rakan pengguna.

Laman sosial itu semalam mengesahkan percubaan perkhidmatan baru itu sudah bermula, tetapi hanya sebilangan kecil pengguna Facebook mempunyai akses yang dikenakan bayaran itu untuk menghantar mesej secara langsung. Aik, kena bayar sudah?

Pengguna Facebook perlu bayar hantar mesej? - Terbakor

Pada masa ini, setiap pengguna boleh menghantar mesej kepada pengguna lain secara percuma. Bagaimanapun, jika ia tidak dihantar kepada rakan atau kawan kepada rakan itu, mesej berkenaan akan pergi kepada fail lain penerima. Ia dijelaskan Facebook sebagai ‘tempat mesej yang kurang penting’, yang diperkenalkan pada 2010. Bagaimanapun, perkhidmatan baru ini menawarkan akses terus ke dalam kotak penerima, dengan syarat penghantar bersedia membayar yuran dikenakan.

 

Facebook pada asalnya mengetengahkan idea mengenakan bayaran untuk penghantaran mesej sebelum Krismas, apabila ia mencadangkan perkhidmatan itu dikenakan bayaran AS$1 (RM3) untuk setiap penghantaran mesej. – Daily Mail

 

-Metro-

 

 

 

Loading...

Leave a Reply