Safiq Rahim: Maafkan kami – Terbakor

Safiq Rahim: Maafkan kami 

 

Hanya permohonan maaf yang mampu dilafazkan kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim sebaik perjuangan negara dalam kempen Piala Suzuki AFF 2012 ternoktah. Takpe Harimau Malaya, kami tetap sokong anda!

 

Safiq Rahim: Maafkan kami - Terbakor

Menurut Safiq, aksi separuh akhir kedua berdepan Thailand di Stadium Supachalasai malam kelmarin sememangnya cukup sukar apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua sebaik Mohamad Fadhli Shas dibuang padang pada penghujung babak pertama.

Begitupun katanya, perjuangan negara masih belum berakhir lantaran akan kembali fokus menjelang kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula Februari tahun depan.

“Kami terpaksa akur dengan kekuatan Thailand, kekurangan seorang pemain juga jelas memberikan kelebihan kepada mereka menguasai perlawanan.

“Saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kami gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF kali ini.

“Saya harap, sokongan peminat tidak akan berakhir di sini dan terus bersama kami menjelang kelayakan Piala Asia nanti,” katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.

Safiq memberitahu, sasaran untuk layak ke Piala Asia masih berada pada landasan sebenar meskipun gagal mempertahankan Piala Suzuki AFF kali ini.

“Kami tidak akan mengaku kalah, kegagalan kali ini akan dijadikan iktibar supaya meneruskan perjuangan pada kelayakan Piala Asia nanti,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fadhli kecewa kerana menganggap kekalahan tersebut seolah-olah berpunca daripada dia.

“Saya sangat kecewa, terasa seolah-olah saya punca Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan kali ini,” katanya.

Mengakui masih keliru dengan apa yang berlaku, Mo hamad Fadhli juga tertanya-tanya mengenai keputusan pengadil perlawanan, Lee Min-hu dari Korea Selatan yang melayangkan kad merah kepadanya dalam perlawanan itu.

Ketika mengimbau semula kejadian itu, Mohamad Fadhli memberitahu bahawa ketika itu dia cuba mendapatkan penjelasan daripada pemain Thailand, Datsakorn Thanglao.

Dia mendakwa, Datsakorn sebelum itu bertindak menyikunya sehingga mengalami kesakitan di bahagian bahu.

“Entah tiba-tiba, pengadil datang dan memberikan kad kuning kepada kami berdua,” katanya.

-Kosmo-

Loading...

Leave a Reply