Bapa Uncle Seekers Ditahan Jual Buku Hina Sultan Johor Dibebas Semula – Terbakor

 

 Bapa Uncle Seekers Ditahan Jual Buku Hina Sultan Johor Dibebas Semula 


Penulis buku Syed Hussein Al-Attas yang ditahan pagi tadi ketika menjual buku beliau yang dikatakan menghina Sultan Johor, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-66, telah dibebaskan dengan ikat jamin.

 

 Bapa Uncle Seekers Ditahan

 

Syed Hussein Al Attas tulis buku hina Sultan Johor

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata Syed Hussein, juga dikenali sebagai Pak Habib, 71, ditahan kira-kira pukul 11 pagi dan dibawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

“Kira-kira pada pukul 4 petang kami telah bebaskan dia dengan ikat jamin,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Polis turut merampas 13 buah buku hasil tulisan Pak Habib, yang juga bapa kepada blogger dan pengamal paranormal Syed Abdullah atau Uncle Seekers, yang sebelum ini pernah ditahan polis kerana didakwa memfitnah Sultan Johor di blognya www.uncleseekers.blogspot.com.

Zainuddin berkata polis sedang menyiasat kes mengikut Seksyen 4(1)(C) AktaHasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang adaunsur fitnah.

“Apa-apa tindakan akan diambil selepas siasatan terhadap kandungan bukutulisannya itu selesai,” katanya. BERNAMA

 

-Mstar-

Loading...

Leave a Reply