Dua Lelaki Curi Kucing Parsi Dalam Rumah! – Terbakor

 

Dua Lelaki Curi Kucing Parsi Dalam Rumah! 

 

Kegiatan dua lelaki mencuri tiga ekor kucing baka Parsi terbongkar apabila perbuatan mereka itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kediaman di Jalan Astana 2. Tu dia, kucing pun mahal tau kalau jual, seekor boleh cecah RM2,3 ribu tu.

 

Curi Kucing Parsi

Lelaki curi kucing Parsi

 

Dalam kejadian pukul 12.36 tengah malam, dua lelaki menaiki motosikal Honda EX5 dikesan memanjat pagar sebuah rumah dan melarikan tiga ekor kucing tersebut.

Rakaman CCTV di rumah tersebut merakamkan imej pencuri berkenaan yang memakai baju berwarna biru manakala seorang lagi memakai baju kelabu walaupun wajah kedua-dua mereka tidak dapat dilihat kerana memakai topi keledar.

-Utusan

Loading...

Leave a Reply