Telefon dan Teman Wanita Punca Nahas Jalan Raya – Terbakor

 

Telefon dan Teman Wanita Punca Nahas Jalan Raya 

 

Ketua Menteri Chhattisgarh, Raman Singh, kelmarin mencetuskan kontroversi apabila menyalahkan teman wanita, motosikal dan telefon bimbit sebagai punca peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negeri itu. Erm, setuju ke korang? 

Kemalangan Jalan Raya

 Telefon dan Teman Wanita Punca Nahas Jalan Raya - Terbakor

Punca Nahas Jalan Raya

 

Bercakap pada seminar Keselamatan Jalan Raya di sebuah institut perubatan, beliau meluahkan kebimbangan mengenai kenaikan bilangan belia yang maut dalam kemalangan. 

“Jika ada motosikal, telefon bimbit dan teman wanita yang baik, risiko kemalangan jalan raya berlaku adalah lebih tinggi,” katanya. Beliau berkata hampir 55 hingga 60 peratus mangsa kemalangan adalah belia. 

“Sudah menjadi perkara biasa melihat golongan muda menunggang motosikal sambil bercakap di telefon bimbit yang kerap menyebabkan kemalangan. Belia perlu mengelakkan tabiat itu,” kata Singh. 

Beliau juga kesal kerana orang ramai sanggup memperuntukkan beribu rupee untuk membeli motosikal tetapi enggan membeli topi keledar yang cuma berharga beberapa ratus rupee. – Agensi

-Berita Harian- 

Loading...

Leave a Reply