Produk Ayamas Bebas Antibiotik Berbahaya – Terbakor

 

Produk Ayamas Bebas Antibiotik Berbahaya 

 

Kementerian Kesihatan produk ayam syarikat Ayamas tidak mengandungi antiobiotik berbahaya setelah ujian dijalankan. Kementerian Kesihatan mengesahkan ujian pada 41 sampel produk ayam syarikat Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) sehingga semalam mendapati tiada residu antibiotikChloramphenicol yang boleh menjejaskan kesihatan.

Ayamas

Produk Ayamas Bebas Antibiotik Berbahaya - Terbakor

Produk Ayamas

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman memberitahu, 10 sampel produk yang dikilangkan pada 10 Jun lalu itu diuji untuk memastikan tahap keselamatan produk keluaran syarikat yang terdapat di pasaran termasuk di Sarawak dan mendapati tiada residu antibiotik berkenaan.

“Kementerian Kesihatan akan meneruskan pemantauan terhadap produk ini dan produk-produk lain dengan menjalankan pensampelan berterusan di kilang dan di pasaran.

“Keputusan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada 1 November lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak mengeluarkan larangan import produk ayam Ayamas berkuat kuasa serta-merta selepas satu ujian menemui antibiotik Chloramphenicol.

Lokman berkata, Kementerian Kesihatan juga menjalankan siasatan di kilang Ayamas Corporation Sdn. Bhd. di Pelabuhan Klang, Selangor yang mengedar semua produk Ayamas di seluruh negara dan juga pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, kilang itu juga mendapat pengiktirafan sistem jaminan keselamatan makanan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) daripada Kementerian Kesihatan bagi beberapa produk.

“Sehingga hari ini (semalam), Kementerian Kesihatan telah mengambil sebanyak 18 sampel yang merangkumi pelbagai jenis produk berasaskan daging ayam dari kilang pemprosesan bagi tujuan analisis residu antibiotik Chloramphenicol,” katanya.

Chloramphenicol bersifat genotoksis dan boleh menyebabkan kanser. Pendedahan kepada residu Cchloramphenicol melalui makanan yang tercemar juga berpotensi menyebabkan rintangan kepada mikro organisma (antimicrobial resistence). – Bernama

 

 

-Kosmo-

Loading...

Leave a Reply