Kos Ambil Amah Indonesia Bakal Meningkat – Terbakor

 

Kos Ambil Amah Indonesia Bakal Meningkat 

 

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, kos untuk mengambil pembantu rumah warga Indonesia bakal meningkat tidak lama lagi. Ia berikutan agensi agensi pembantu rumah yang mengadu yuran dikenakan rendah dan tidak memberikan keuntungan yang mereka mahukan.

 

Amah Indonesia

Kos Ambil Amah Indonesia Bakal Meningkat - Terbakor

Kos ambil pembantu rumah

Beliau berkata agensi-agensi pembantu rumah di kedua-dua belah pihak telah mengadu mengenai yuran rendah yang dikenakan bagi setiap pembantu rumah yang dihantar ke Malaysia, dengan alasan ia tidak cukup menguntungkan berbanding dengan negara lain di rantau ini.

“Mereka berkata kos (seperti yang digariskan) di bawah memorandum persefahaman (antara Malaysia dan Indonesia mengenai pekerja domestik) adalah terlalu rendah bagi mereka (untuk mendapat keuntungan).

“Jadi kita telah beritahu mereka supaya membincangkannya semula dan kemudian memberikan kos realistik, yang akan membolehkan mereka (pembantu rumah) dibawa datang ke sini,” beliau berkata pada satu sidang akhbar di sini.

 

-Mstar-

Loading...

Leave a Reply