Keputusan UPSR diumum 19 November 2012, Cara Semakan Online,SMS – Terbakor

Keputusan UPSR diumum 19 November 2012 

 

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 akan diumumkan pada 19 November 2012 ini. Semua calon yang terlibat boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama.

 

 Tarikh keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR diumum 19 November 2012 - Terbakor

Semakan keputusan UPSR 2012 0nline

Kenyataan Kementerian Pelajaran berkata, majlis pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

“Semua calon yang menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama,” kata kenyataan itu hari ini.

Seramai 517,139 orang calon menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara yang diadakan pada 11 hingga 13 September lalu. – UTUSAN

Untuk membuat semakan keputusan UPSR 2012 secara online, calon boleh melihatnya melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS):-

 

1. Pergi ke laman web SAPS –>> saps.moe.gov.my

2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.

3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak, pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan klik butang Semak Laporan.

 

Untuk membuat semakan keputusan UPSR secara SMS:-

 

1.  Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

-  Contoh : UPSR BC001A040 dan hantar ke 15888

 

p/s : Semoga berjaya kepada adik adik semua. :)

 Rujukan : Utusan

Comments

  1. dah hampir dekat da tu..hehehe

Speak Your Mind

*