Promoter ugut bunuh diri kekasih tunda kahwin – Terbakor

 

Promoter ugut bunuh diri kekasih tunda kahwin 

 

Seorang promoter mengugut untuk terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Lebuh Nordin, Georgetown setelah berselisih faham dengan teman lelakinya yang mahu menunda tarikh perkahwinan. Mangsa memanjat dinding koridor untuk terjun sebelum diselamatkan lelaki itu.

Ugut terjun bangunan kekasih tangguh kahwin

 Promoter ugut bunuh diri kekasih tunda kahwin - Terbakor

Bunuh diri kekasih tangguh kahwin

 

Akibat perselisihan faham dan kecewa kerana teman lelaki menunda tarikh perkahwinan, seorang promoter jualan mengugut mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Lebuh Nordin, di sini awal pagi Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, teman lelaki mangsa berusia 28 tahun datang ke rumah mangsa untuk berbincang sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang kecewa dengan tindakan teman lelakinya menunda tarikh perkahwinan yang sepatutnya tahun ini atas sebab tidak diketahui menyebabkan wanita itu tidak boleh menerima kenyataan.

Menurutnya, mangsa kemudian naik ke tingkat 12 dan mengugut teman lelakinya untuk terjun jika lelaki itu tidak mengikut kehendaknya.

“Mangsa memanjat dinding koridor untuk terjun sebelum diselamatkan teman lelakinya. Polis yang tiba tidak lama kemudian membawa kedua-dua mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan,” katanya.

 

-Harian Metro-

 

Loading...

Leave a Reply