Diana Danielle Minta Semua Pihak Tidak Rosakkan Perkahwinannya – Terbakor

 

 Diana Danielle Minta Semua Pihak Tidak Rosakkan Perkahwinannya

 

Esok, pelakon cantik Diana Danielle bakal disahkan menjadi suri dan isteri kepada aktor Farid Kamil. Di saat ramai peminat mendoakan kebahagiaan mereka, timbul cerita kurang enak mengenai perkahwinan ini. Justeru Diana Danielle meminta agar pihak pihak yang sedemikian agar tidak merosakkan hari bahagianya dengan tohmahan yang tidak berasas.

 

 Diana Danielle

 Diana Danielle Minta Semua Pihak Tidak Rosakkan Perkahwinannya - Terbakor

Perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil

Aktres jelita Diana Danielle meminta semua pihak agar tidak “merosakkan” majlis perkahwinannya bersama aktor dan pengarah filem Farid Kamil pada Sabtu ini dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan yang tidak baik.

Tanpa mahu memperincikan tuduhan-tuduhan itu, wanita berusia 21 tahun ini berharap majlis akad nikah yang bakal berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang dekat sini, akan berjalan lancar walaupun ia diadakan pada waktu yang agak pelik daripada kebiasaan iaitu pada pukul 8 pagi.

Diana juga berkata dia tidak gemar apabila ada pihak mempersoalkan kononnya perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga termasuklah ibunya Norsiah Ramli.

“Saya tak nak dengar cakap orang sebab mereka bukan keluarga saya. Saya tak suka orang buat andaian tanpa mereka mengenali kami,” katanya yang mengakui serba salah mengadakan majlis pernikahan itu pada awal pagi.

Diana ditemui sebelum tayangan filem Skyfall anjuran produk kecantikan Nanowhite di Cathay e @ Curve, Mutiara Damansara di sini, petang Khamis.

Pada majlis itu, Diana turut menyampaikan sebuah lagu di hadapan peminat.

Aktres kacukan itu juga turut diraikan menerusi acara memotong kek bersempena ulang tahun hari lahirnya ke-21 yang disambut lebih awal oleh pihak penganjur.

Hari lahir Diana jatuh pada 22 November.

Pada 15 Oktober lalu, Farid membuat kejutan apabila mengumumkan berita pernikahan mereka pada majlis tayangan filem arahannya berjudul Pe3 di TGV Sunway Pyramid di sini.

Sebelum itu, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu selepas tiga tahun bercinta.

Berikut adalah temu bual mStar Online bersama Diana.

Boleh Diana ceritakan mengenai perkembangan persiapan terakhir menjelang majlis pada Sabtu ini?

Page 1 of 2 | Next page