2,011 penjawat awam diisytihar bankrap – Terbakor

2,011 penjawat awam diisytihar bankrap
Sehingga Ogos lalu, seramai 2,011 penjawat awam diisytiharkan muflis. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, penjawat awam yang diisytiharkan muflis tidak semestinya dibuang kerja, sebaliknya ia tertakluk kepada keputusan Lembaga Tatertib jabatan masing-masing.
Penjawat awam

Penjawat awam muflis
Katanya, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak menerima kes berkaitan muflis dihukum buang kerja.
Tak terkecuali
“Justeru, halangan dan sekatan yang diperuntukkan mengikut undang-undang kebankrapan juga terpakai terhadap penjawat awam,” katanya menjawab soalan lisan Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah), pada sidang Dewan Rakyat, semalam.
Tak mampu bayar
Bankrap bermaksud individu yang secara rasmi mengaku tidak mampu untuk membayar segala hutang yang ditanggungnya iaitu dengan jumlah minimum hutang tertangguh sebanyak RM30,000.
Amran ingin tahu jumlah kakitangan awam yang diisytiharkan bankrap sejak lima tahun kebelakangan ini dan berapa ramai yang kehilangan pekerjaan, dan adakah terdapat kelonggaran atau syarat tertentu untuk kakitangan awam menyelesaikan masalah mereka bagi mengelak kehilangan pekerjaan.
Vui Keong berkata, selaras Subperuntukan (14(2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi hanya bertanggungjawab melaporkan kepada ketua jabatan mengenai kebankrapan sebaik seseorang penjawat awam diisytiharkan muflis.
Sumber : Berita Harian
Page 1 of 2 | Next page
