
Statistik Dan Perkembangan Taufan Sandy Di US – Terbakor
Taufan Sandy yang sedang melanda Amerika Syarikat sekarang ini disifatkan sebagai yang paling dasyat dalam sejarah. Ikuti perkembangan dan statistik terkini mengenai Taufan Sandy 2012.
Taufan Sandy 2012

Update terkini Taufan Sandy Amerika Syarikat
WASHINGTON: Berikut adalah perkembangan Taufan Sandy yang telah melanda pantai Timur Amerika Syarikat khususnya New York:
> 50 buah rumah telah musnah terbakar di kawasan Queens, bandar New York berpunca daripada renjatan elektrik;
> Tujuh buah terowong kereta api bawah tanah di New York telah dibanjiri air – iaitu kejadian terburuk dalam sejarah 108 tahun perkhidmatan tersebut. > Sekurang-kurangnya 12 orang telah dilaporkan terbunuh di enam buah negeri.> Taufan Sandy mengekalkan kelajuan angin pada tahap 130 kilometer sejam sepanjang ia melanda New York – menenggelamkan bahagian rendah Manhattan dan memutuskan bekalan elektrik di sebahagian besar bandar tersebut.
> Air laut melimpah sehingga ke Sungai Hudson. > Hospital New York University terpaksa memindahkan pesakit ke hospital lain selepas ia terputus bekalan elektrik termasuk bekalan bantuan dan sokongan.
> Virginia Barat, Maryland dan Utara Carolina dilanda salji lebat selepas Taufan Sandy bertembung dengan angin sejuk dari Kanada. > Sebahagian bandar besar di pantai Timur Amerika seperti Boston, New York, Philadelphia, Baltimore dan Washington dijangka lumpuh selepas Taufan Sandy menjejaskan pengangkutan dan kemudahan awam.
> Replika kapal perang HMS Bounty sebagaimana yang digunakan dalam sebuah filem Hollywood lakonan Mel Gibson karam dibadai Taufan Sandy di Utara Carolina.
> Laporan media massa Amerika menganggarkan sekurang-kurangnya enam juta isi rumah keputusan bekalan elektrik sejak Isnin.
> Kawasan pantai di Maryland, Delaware, Massachusetts dan Long Island, New York hampir kesemuanya ditenggelami air.
> Pasaran Saham New York dan Nasdaq, pasaran kewangan terbesar dunia buat pertama kalinya sejak Taufan Gloria pada tahun 1985 menghentikan urusniaga bagi membolehkan laporan terkini tentang Taufan Sandy disiarkan.
> Presiden Barack Obama memendekkan kempen pilihan raya di Florida dan segera kembali ke Washington untuk menguruskan bantuan segera kepada mangsa.
> Seorang lagi calon presiden dari Parti Republican, Mitt Romney turut membatalkan kempennya pada Isnin dan Selasa.
> Beribu penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan.
> Kos kerugian daripada badai Taufan sandy ini dianggarkan bakal mencecah AS$20 bilion.





kesian jgk kat penduduk yg terlibat..tp nak buat cmna…selama ni polis duni ni boleh buat apa saja d negara orang lain….inilah agaknya…ketentuan Allah pd NY…bg mereka rasa….betapa sengsaranya…hukuman drp Allah…KUN FAYAKUN…semoga mereka tabah enghadapi semua ni…mcm rakyat iraq, afghanistan dan negara2 lain yg jd mangsa amerika…
allahuakbar….
bagi barat rasa apa yang selama ni umat Islam rasa……
My recent post Budak Skema Di Sekolah Kebangsaan Selayang Utama Part Akhir