Rugi RM100,000 ditipu amil zakat palsu, ramal Hari Kiamat, tebus dosa – Terbakor

Rugi RM100,000 ditipu amil zakat palsu, ramal Hari Kiamat, tebus dosa
Seorang ibu kepada dua anak kerugian RM100,000 apabila ditipu amil zakat palsu yang mendakwa mengetahui tarikh Hari Kiamat dan boleh menebus dosa. Amil zakat palsu tersebut turut menggunakan istilah zakat yang tidak pernah wujud dalam Islam.
Rugi RM100,000 tebus dosa

Amil zakat penipu kebas RM 100,000
Johor Bahru: Sebuah keluarga kerugian lebih RM100,000 selepas ditipu seorang lelaki mengaku dirinya amil zakat yang mampu meramal tarikh kematian serta Hari Kiamat selain menebus dosa mereka yang didampinginya.
Lebih mengelirukan apabila lelaki terbabit menggunakan pelbagai istilah zakat dan dam yang tidak pernah wujud dalam Islam seperti zakat degil, diri, rumah dan untuk bukan Islam.
Dalam kejadian 16 Julai lalu itu, mangsa yang juga ibu kepada dua anak mula berkenalan dengan lelaki menggunakan gelaran Nizam@Idris untuk menderma sejumlah wang kepada anak yatim.
Katanya, lelaki itu mendakwa keluarga mereka mempunyai banyak masalah namun, ia boleh diselesaikan dengan membayar sejumlah wang kepadanya bagi menebus segala kesalahan dan dosa.
Dia mendakwa dirinya terpilih daripada 200 orang yang mempunyai hubungan terus dengan Tuhan dan dapat meramal tarikh kematian seseorang selain mengetahui bila berlaku Hari Kiamat.
Dengan hanya meminta tarikh lahir, dia kemudian melakukan solat dan menceritakan pengalaman terbang dan melihat masa depan selain tahu semua perkara mengenai mangsanya, katanya.
Zana berkata, lelaki terbabit mendakwa untuk menebus dosa anak dan suami, ibunya perlu membayar RM12,444 dengan setiap seorang mempunyai nilai berbeza.
Page 1 of 2 | Next page