
Iklan Amah Indonesia Untuk Dijual Cetus Kemarahan
Satu risalah pengiklanan yang tertera perkataan ‘Amah Indonesia Untuk Dijual’ yang ditemui di Chow Kit telah menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Perkara ini dijangka akan menjejaskan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.
Iklan Amah Indonesia Untuk Dijual

Amah Indonesia Untuk Dijual
Risalah iklan “Pembantu Rumah Indonesia Untuk Dijual” yang ditemui Pengarah Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayat di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam mencetuskan kemarahan rakyat negara ini.
Iklan yang dipaparkan dalam akaun Twitter @anishidayah menyebut, “Permohonan mudah dan cepat. Kini kerja rumah dan memasak menjadi mudah. Anda boleh berehat dan relaks. Wang pendahuluan hanya RM3,500, harga bersih RM7,500.” “Iklan itu satu penghinaan kepada pekerja kita,” kata Anis sebagaimana dipetik daripada tempo.com semalam.
Iklan itu memperkotak-katikkan pekerja Indonesia dan kita tidak boleh bertolak-ansur, katanya.
Anis menggesa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Menteri Tenaga Kerja, Muhaimin Iskandar agar mengemukakan bantahan kepada kerajaan Malaysia. Kerajaan Indonesia menarik balik penangguhan untuk menghantar pekerja ke Malaysia tahun lalu. Penangguhan sementara yang dibuat selama dua tahun itu ditarik balik selepas kerajaan Indonesia menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Malaysia agar menjamin hak pekerja Indonesia. – tempo.com
Sumber : Harian Metro







memang ptt diaorang marah pun huhu
My recent post Hosting Bankrap Apa Perlu Dilakukan
hmm.. benda ni tak patut terjadi sebenarnya.. hubungan dua negara ni dah mula reda dan tenang da sebenarnya
My recent post Syaifuddin Alias, Blogger Yang Punya Semangat Tinggi Untuk Berjaya