Disaman RM1 juta aibkan bekas teman lelaki di Internet – Terbakor
Disaman RM1 juta aibkan bekas teman lelaki di Internet
Lee Ching Yan, 28 telah diarahkan dipenjara oleh mahkamah dan membayar saman sebanyak RM1 juta kerana terus mengaibkan bekas kekasihnya di laman sosial walaupun telah diberi amaran. Dengan itu mahkamah juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya ‘block’ dan ‘deny’ akses di laman sosial yang mempunyai kaitan dengan bekas kekasihnya yang merupakam seorang warga Kanada.
p.s : Wah, best gitu kan? Para pencurang yang terdesak duit boleh la guna cara ni. Putuskan hubungan, lepas tu kalau ex maki2 dia dalam Facebook, dia saman dia satu juta ringgit!
Saman RM1 juta aibkan bekas kekasih di Internet

Saman dan penjara kerana aibkan bekas kekasih
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pelajar kerana menghina mahkamah dengan mengaibkan bekas teman lelakinya di laman sosial walaupun dilarang berbuat demikian.
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan komital oleh seorang guru warga Kanada, Lee David Clayworth, 35, untuk memenjarakan Lee Ching Yan, 28.
Dalam keputusannya, Vazeer Alam berkata waran tangkap itu dikeluarkan bagi tujuan membawa Ching Yan ke mahkamah sebelum satu tempoh hukuman penjara ditetapkan.
“Saya berpuas hati bahawa defendan sengaja tidak mematuhi perintah mahkamah pada 30 Nov tahun lepas dengan terus mengeluarkan kata-kata kesat dan mengaibkan plaintif. Defendan juga memilih untuk tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diserah surat untuk prosiding komital kepada dirinya dan melalui ibu bapanya.
“Mahkamah perlu ambil tindakan keras dan mahkamah ambil berat tentang isu pihak-pihak yang membuat penyiaran tidak terhad di Internet. Pihak-pihak ini perlu dipertanggungjawabkan berhubung tindakan mereka.
“Mahkamah memerintahkan penolong pendaftar mengeluarkan waran tangkap supaya defendan dibawa ke mahkamah ini supaya satu tempoh hukuman penjara dikeluarkan setelah mengambil apa fakta mitigasi (rayuan defendan),” kata Vazeer Alam.
Selain itu, beliau juga mengeluarkan arahan untuk disalurkan kepada Jabatan Imigresen supaya menghalang Ching Yan ke luar negara.
Beliau juga memerintahkkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya ‘block’ dan ‘deny’ akses di laman sosial yang mempunyai kaitan denganClayworth.
Pada 30 Nov tahun lepas, Vazeer Alam mengeluarkan perintah supaya Ching Yan tidak membuat sebarang kenyataan dengan menulis perkataan yang mengaibkan terhadap bekas teman lelakinya itu.
Page 1 of 2 | Next page