Luahan Hati Bekas Isteri Ustaz Kasanova – Terbakor

 

Luahan Hati Bekas Isteri Ustaz Kasanova 

 

Sudah beberapa minggu nama ‘Ustaz Razis’ menjadi bahan perbualan di Internet. Lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Razis ini telah mencemar nama baik para ustaz dengan menjadi seorang penipu dan pemain hati wanita. Mohd Razis Ismail telah mengahwini 11 wanita Muslimah lalu meninggalkan mereka terkontang kanting, ada yang ditinggalkan bersama anak kembar setelah beberapa hari berkahwin. Selain itu, si penipu ini juga turut menyeleweng duit atas nama pakej umrah. 

Video Ustaz Kasanova ditahan JAIS

Luahan Hati Bekas Isteri Ustaz Kasanova - Terbakor

Luahan Hati Isteri Ustaz Razis

KUALA LUMPUR: “Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan.” Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.

“Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka.

“Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah.

Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan ‘Abdullah’, malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha.

Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya.

Page 1 of 2 | Next page