Lelaki Kasanova Guna Laman Cari Jodoh Janji Tunang 5 Wanita Serentak – Terbakor

Lelaki Kasanova Guna Laman Cari Jodoh Janji Tunang 5 Wanita Serentak
Kes penipuan Internet melibatkan lelaki hidung belang berlaku lagi. Berdasarkan laporan Kosmo, lelaki kasanova berkenaan menggunakan laman web Myjodoh.net untuk memperdaya anak dara dan janda berusia 20an hingga 30an. Mangsa pilihannya pula adalah dari wanita bertubuh berisi, gebu dan gempal. Laporan Harian Metro pula menyatakan lelaki terbabit dikesan berjanji untuk bertunang dengan 5 wanita pada hari yang sama.
Lelaki kasanova tipu wanita

Lelaki kasanova tipu wanita guna laman web cari jodoh
Kelicikan seorang lelaki yang memperdaya puluhan wanita dikenalinya melalui laman mencari jodoh sehingga dapat mengikis wang lebih RM100,000 terbongkar apabila seorang daripada mangsa curiga dengan kegagalannya hadir untuk majlis pertunangan mereka.
Hasil ‘siasatan’ mangsa itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 28, amat mengejutkan apabila kekasihnya itu bukan saja berjanji untuk bertunang dengannya pada 26 Ogos lalu, tapi turut membuat janji serupa dengan empat lagi wanita lain.
Wani yang bekerja sebagai guru sekolah rendah berkata, dia menghubungi empat wanita itu yang mengaku senasib dengannya apabila wang mereka turut dikikis lelaki sama.
“Saya percaya dia ada tidak kurang 20 teman wanita yang semuanya dikenali menerusi laman web mencari jodoh sama. Setakat ini, saya dapat hubungi 10 daripada mereka dan empat dijanji untuk bertunang pada tarikh sama dengan tarikh pertunangan saya,” katanya ketika ditemui semalam.
Page 1 of 2 | Next page
